Jumaat, 24 Disember 2010
D.I.E.T
Isnin, 20 Disember 2010
perlu ke pro?
Rabu, 10 November 2010
musim final
as usual. bile nak final, semua pon dok ngadap buku. senyap. study tekun + focus. cam tu jugak la pada roomate kesygan aku. siti aisyah safuan. dia memang rajin berbanding aku. 10 kali lebih rajin la. dia study material, aku sibuk tidur. die tidur malam, aku sibuk main counter strike.
study x jugak. bila die sibuk study numerical. aku pon sama sibuk study. tapik sibuk study blog.haish. entah kenapa sem ni aku macam x der feel je nak exam.
lain pulak cerita dengan housemate aku yg lain. majoritinya budak2 lepasan matriks. so, boleh kata pandai la dorang ni. perangai a.k.a pe'el dorang memang boleh menggerun kan aku. apa x nya. paper final lagik seminggu, dah cuak semacam. study ya bagai. sampai tension. padahal ada seminggu pon lagik. haish. risau terlampau.
kalau aku n aisyah, seminggu tu kami guna utk poya-poya. sehari dua nak exam baru cuak. tu pon kalo cuak. kalo x, esok exam mlm ni still lagik boleh pi ronggeng. :D. ish ish. x elok sungguh.
conclusinya, jangan jadi mcm aku. result terok mula la nak ngomel sana sini.huhu.
p/s : sat lagik paper numerical. boleh plak die sebok ngan blog.haish.:D
Isnin, 1 November 2010
tiada lagi cinta.
sungguh hati aku sakit. sungguh jantungku sesak utk bernafas. aku x pernah menyayangi mana-mana lelaki sepertimana aku syg akan kau. sekalipon kau dan aku sudah tamat. tapik, masih tiada kejujuran dari engkau kepada aku. kenapa???
hati aku makin parah bile aku dapat tau kau dah pon kembali berpunya. tapi kau masih tipu aku. kau kate "siapalah saya utk dimiliki". semua rakan2 kau sedia maklum tentang hubungan kau dan dia. maafkan aku. kehadiran aku bakal menyusahkan keadaan yg tenang dan aman antara kau dan dia.
sungguh. bkn ini pengakhiran yang aku nak. aku sntiasa berharap utk ketemua kau walau sekejap. dengan pertemuan2 itu, mampu buatkan aku tersenyum. tapi, x lagi kini. setelah aku sendiri tau siapa dia utk kau. sekarang aku bertambah sdar kenapa kau susah utk membalas semua msg aku. ;).kau bkn saja bz ngan asgmnt or sgala mcm kerja. tapik bz ngan dia. x pe. aku paham.
maafkan aku. andai aku mampu untuk taip nama kau kat sini. dah lama aku taip. tapi aku tiada kemampuan tu. maafkan aku. sejarah kau dan aku akan berkubur selamanya.
sesungguhnya. aku memohon kepada yg ESA agar mematikan kau dalam kotak fikiran aku. buangkanlah segala kenangan antara kau dan aku. sakit ini x pernah aku rasa. sakit ini bukan yg aku pinta. tapi, sakit ini bakal mengajar aku untuk lebih menghargai. semoga kau terus bahagia di sisi dia. dia bahagia memiliki kau. aku tau tu.
Ahad, 26 September 2010
jiran kuat merapu!
hidup berjiran dah berbelas tahun. bukan nya baru setahun dua. tapik, baru skarang la kau nak kata tu x boleh. ni x boleh. ape kes? selama nie, semua orang hormat kau. ye la.kau kan tua. semua orang kesian kat kau. simpati kat kau. sebab kau x der anak. sebab kau kene jaga mak bapak yang sakit tenat. tapik, da kau nampak benda tu? aku x der niat nak mengungkit pun
entah sejak bile, parking belakang rumah yang ciput tu boleh jadik sengketa antara kau dengan yang lain. eh?apa kau ingat. jalan blakang tu, kau yang punye??suka suka hati kau nak halau orang parking situ? ha?? dah la tu, kau pegi kutip semua sampah tepi umah kau, kau pergi longgok kat rumah org lain.. eh kau nie..tebiat nak mampos ke ha??pastu plak...kau boleh buat onar ngan mama aku??adahati plak tu nak laga lagakan orang2 kat sini. hak tuih la weh.
WEI!! kalau ye pon kau tension, janganlah libatkan org lain!! damn gile org mcm nie! kau x dapat nak robohkan pondok depan rumah kau, kau wat cam ni plak eh??buat onar kat semua orang taman???kau ingat kitorang suka???
aku pon x tau nak kate kau ni manusia jenis apa. muka santek. tapik otak x der. santek ke kau???keh keh.. sedarlah diri weh..umo kau dh lanjut. rumah kate pergi, kubur kata mari. buat lah baik ngan jiran2. nanti mati senang. ada orang dtg ziarah. kau dah la x der anak. kau x pikir ker? ni kau buat onar. kau nak ke mati sensoang dlm rumah?haish..nasib baiklah kau buat onar ngan mama aku time aku x der umah. kalau x, mmg aku libas muke kau!.
Khamis, 23 September 2010
T.A.M.A.T
Rabu, 22 September 2010
sahabat sampai mati...
ok.bukak cerita pasal sahabt. x semua orang ada sahabat yang betol2 memahami diri mereka. syukur alhamdulillah.aku dipertemukan dengan 7 orang gadis nie ketika aku di tingkatan satu. wah.lama jugak yerk kita da berkawan. pejam celik pejam celik. skang dah masok 8 tahun kita berkawan.satu jangka masa yg lama.
kelas - tingkatan 1 muzik. keh keh. klakar la nama kelas. tapik bukan belajar muzik pon. sampai la tingkatan 3. kite semua tetap rapat.walau ada yg masok kelas lain. habis pmr. aku pindah sbp. korang semua stay lagik kat sekolah lama. tapik..korang sikit x pernah lupa aku.mekaseh sayang2 ku.:).
tiap kali raya, 8 rumah kite kena pergi lawat.haha.perot bukan main senak. rasa nak meletop. tapik tahun nie, kita beraya tanpa 2 gadis. sbb korang 2 dah ke aussie n n.z..tapik kitorang tetap lawat umah korang.:).
ok. let me introduce sorang-sorang sahabat aku.
azrin nie kecik je orang nya. tapik bab buat lawak, bagik kat dia. x kering gusi kitorang. nak nak kalo menyakat si awin. haish. kejam sungguh. die nie, penyimpan orangnya. suke simpan rahsia sorang2. perangai cam budak2 tapik matured yg betolnya.:P
dalam ramai-ramai nie, shepa la yg paling sopan + ayu orangnya. suara pon lemah lembut. orangnya pon santek. tapik, sekali die pekena orang, mmg x lei blah. haish. mana blaja nie shepa??:P..dlm lemah lembut die ni, die sangat hebat. sbb wakil silat utk uni die.perh.tercabar gue.
darik sekolah sampai la dah masok uni...die sangat suke dengan muzik. dulu budak pancaragam.sekarang budak okestra. hebat sungguh. aku baca note muzik pon x tau.:D..die ni pon sikit beh kurang mcm aku. suke daki gunung. bile bejmpe..habis cite gunung sume keluar. last2 dok kene perli ngan yg lain..haish..tapikkan..awin nie kelam kabut org nye..tu yg buat kitoang suke gelk kat die.jgn mara ye awin..:P
actually..dulu, aku x la rapat sangat ngan dia. sebab die pendiam. makin lama, kami makin ok. die ni pon sempoi. jenis layann jer. x kesah ajak ke mana. :). selalunya, kalo nak kemana, x kereta aku, kereta die la yg jadik mangsa..hehe.
mira. aku rindu sngt kat kau. slalu..kalau x keluar berlapan..aku mesti kuar ngan die. die byk share story ngan aku. die ni pon kadang-kadang kelam kabut gak.:P. bab gelak bagik kat die. hahaha.:P.
sume orang suka usik qis. sbb suara die sangat halus. sian qis..aku je x suke kacau..keh keh..:P.die ni pon kuat bercakap. kalo dengar dier bergado ngan kitorang, x jadik nak marah. terus gelak adalah.:P...die ni, time sekolah, sangat low profile. ops..one more thing. die suke wat molot moncong..ngeeee...:D
inilah sahabt aku yg x kan aku lupe sampai bile2..:)..susah senang kite dah rasa bersama. tolak kereta sbb enjin x leh start. duit x der. ..:P..banyak lagik.:P
Sabtu, 18 September 2010
jemputan ke rumah Allah
ketika aku melawat makam nabi yang terletak di dalm masjid nabawi, byk peristwa yang x kan aku lupa. apakan tidak. terlalu wangi sejadah disitu yang mana kawasan itu turut dikanali sebagai taman syurga. berpusu-pusu org melakukan solat sunat termasuklah aku. aku ingin kan keberkatan. air mata aku begitu mudah utk jatuh. sesungguhnya aku insan yg kecil yg hina.
gembira?tentu aku gembira. tapi, hati aku hiba.sesal.takut.gerun.nervous.suma pon ada setibanya aku di masjidil haram. aku hanya manusia biasa. banyak dosa yg aku dah lakukan. aku pernah dengar org bercerita pasal ada jemaah yg kesana ditutup jalan keluar..x nampak kaabah..aku sendiri pon dah tebaca beberapa artikel mengenai itu. aku takut perkara2 itu akan terkena kepada ku. sepanjang aku menuju ke kaabah, aku perbykkan selawat n istighfar. aku nak lihat keindahan kaabah. syukur alhamdulillah. aku dapat melihat kaabah. Allah permudahkan jalan kepada ku. air mata aku gugur melihat kaabah tersergam indah dan begitu besar sekali.
terlalu byk yg aku fikir ketika di sana. alangkah indahnya umrah ku andai arwah ayah aku ada sama. pasti aku tidak sesedih hari ini.
ketika di sana juga, aku x lepas dari demam. manakan tidak. cuaca di sana panas dan kering. hampi 3 hari aku tidak turun ke masjid. hanya mampu utk duduk dalam bilik berseorangan sedang orang lain berlumba mencari keredhaan Allah. mungkin Allah ingin menduga aku.
makanan disana agak mahal living cost pon tinggi. tetapi, makanannya enak2 belaka. disana jugaklah aku belajar minum air zam-zam yg selama ni aku x suke.tapi ketika di sana, itulah air yang paling nikmat pada aku. selian tu, buah kurma. itulah kali pertama aku makan buah kurma dan pada aku ia sangat sedp. selama ni, aku x berapa nak makan buah kurma.
sesungguhnya, pengalaman menjadi tetamu di rumah Allah itu sangatlah berharga dan aku berharap untuk kesana lagik suatu masa nanti..amin
Khamis, 1 Julai 2010
tipah tertipu!
die kalau nak tidur, semua orang kene senyap. x boleh bunyi sikit pon. ces. macam anak raja. nasib baik cek jie ni penyabar orang nye..hak hak..dalam aku tidurkan dia, dodoi dodoikan dia, tetiba aku dengar bunyi baby nangis. mana datang pulak ni? rupanya, anak jagaan mama aku yang baru 2 tahun bawak patung barbie yang boleh nangis nangis. ces
punya berusaha aku carik butang on off dia. haram. x jumpa.ces. mana plak natang jadah ni nak off. siap lah aku bogelkan die. sikit pon x jumpa. bila aku tanya budak ni, dia kata x da butang. eh??biar betul???dah tu??macam mana natang ni nak senyap?dia geleng kepala. arh sudah..sumayyah pulak dah lalak lalak.tekanan aku.
aku tetap berusaha nak bagi barbie tu senyap dari nangis. tiba-tiba aku nampak budak kecik tu pegang batang macam batang lolipop. aku tanya la, "tu apa dik?". dia kata tu puting.oh.aku pon try la masukkan puting tu dalam mulut barbie yang melalak tu. tetiba suasana jadik senyap sunyi sepi!
DAMN!aku kene tipu ngan mainan kanak-kanak! akak ipar aku dah gelak guling-guling. budak kecik tu??tersengeh sengeh pandang aku.ces. memang suruh aku mencarut panjang panjang. astaghfirullahalazim.
Selasa, 8 Jun 2010
you, maripossa and me
kemudian, kau kenal si gila. again, aku seronok tengok kau. pada aku, kalau kau gembira, aku akan turut sama gembira. hari-hari aku tengok kau asyik senyum sorang sorang.gelak sorang sorang. first date kau dengan si gila, aku yang teman. time tu, zul pon ade sekali teman aku. kita gi tengok wayang. first-first aku tengok si gila, aku dah x tahan nak gelak. bukan sebab apa. tapi sbb aku x tahan tengok die kusut yang amat.kalau la aku ade sikat rambut time tu..confirm aku dah bagi kat dia suruh die sikat rambut tu.:D.
lpas je darik tu, bila muncul je waktu malam, aku tengok kau hilang. kengkadang siang-siang hari pon hilang.pelik. setahu aku kau bukan kaki jalan except dengan aku.:D. rupa-rupanya, kau pergi bercanda dengan si gila.
then, dah lama sikit, aku start kenal si gila yang stalker. actually, sigila tu is a nice guy,(kembang hidung dia). tapi serious. mulut cam longkang.bab maki orang memang cuukup rasa. tapi dia silap la. dengan kau dia boleh la nak lawan, sebab kau kan baik org nye. malas nak lawan balik.:D. dengan aku. ces. boleh jadik perang mulut. dah lama kenal, aku tau, si gila nie, mulut je macam longkang. hati die seharum bunga kekwa.
couple of month lepas tu, aku dapat berita gembira. kau dan sigila dah pun couple. tapikan, kengkadang aku kesian kat kau. ye la, kau lembut. dia plak kasar nauzubillah. suka-suka dia je nak tampar kau. aku sendiri x penah tampar kau. tapi, aku kesah ape?tu pakwe kau.[^_^].hehehe.
kepada si gila -->aku sayang kawan aku ni sangat-sangat. kalau kau main-mainkan hati dia, aku amek hati kau pastu aku kisar lumat-lumat. then, aku buang kat anjing tepi jalan.paham???ni warning daripada cik nor fazielah khas untuk anak pakcik Ismail.
Khamis, 3 Jun 2010
agak-agak...??
Rabu, 12 Mei 2010
kabel aku x sebesar peha.
buat temuduga banyak-banyak kali. kunun nak tapis. heh. sandiwara pihak atasan. memamng bijak.
bile dapat pegang jawatan yg diminta, mula buat onar. suka bercakap mcm tin kosong. ni la akibat masok jalan yg salah. mcm mane company nak OK?
malaysia menawarkan 10 000 kekosongan jawatan.. tp masih lagik ramai yg x dapat kerja.
negeri sekian menawarkan beribu jawatan kosong. tapi??hakikatnya??? anak jati negeri sekian sedikit pon tidak diendah untuk jawatan yg beribu. kelakar..masih boleh kate anak-anak muda x nak bekerja. mungkin ya.segelintir.tp bukan semua.
inilah fenomena mencarik kerja hari ini. macam-macam ragam. so, bertawakkal la wahai rakan-rakan andai anda antara yang tergolong dalam mereka yg tertindas.
kepada yang mengikut jalan pintas, hidup ini umpama roda. ari ni anda diatas dengan pantas nya. maka ari esok anda akan berada di bawah dengan pantasnya jugak.
Isnin, 26 April 2010
dear..
how stupid i am.
im waiting for ur call.
im waiting for ur invitation.
but..the end..it was so sad.
im nothing.
why should i ask u?
y dont u try to ask me?
dear.
too many times im asking u to do this n that..
to go here n there..
but then i realize.
everything was depending on me.
so, now..i take a new step.
i put everything on u.
when u wanna go out, where u wanna go..
everything dear.everything.
but.unfortunately, im sick with it.
because of too much hope that i put on ur hand.
that was my fault.
im not supposedly to do that.
u have ur own life.
but dear.plz.
reduce ur egoistic.
reduce ur temper.
then u will learn something
im supposedly to be very embrssd of all this things.
but. i try my best to make u happy.
however, i fail.im sorry.
im just n ordinary gurl..
dear..
till when we will be like this?
Isnin, 29 Mac 2010
precious moment C'TNUE.
SEKOLAH MENENGAH
form 1 - minggu pertama aku di smk MUNSHI AbDULLAH,mlk. ambil aliran agama. so kene duduk hostel. ye la. dolu-dolu cita-cita nak jadik ustazah. tapi dah x suka duduk hostel tu, aku keluar..
mingu 2 - SMK TUN TEJA, mlk. aku masuk sekolah ni pon kejap sahaje..sbb aku x suke sekolah campur lelaki perempuan.errr..
byk aku belajar disini. erti persahabatan sejati. sampai harini. 7 org .aku x kan pernah lupa korang..
Selasa, 16 Mac 2010
Precious Moment...
aku kenal tadika umur 5 tahun. aku tadika pantai,PD. time ni gi tadika pon pakai skirt lagik.fuiyooo..:D.tiap pagi mama aku pon akan bz sbb nak ikat rambut aku macam2 pesen..skang kalo aku wat gitu..agak2 comel x??:D
fully english. hahaha.cikgu nye pon mat sallehkn.. best. kecik-kecik mama ayah aku dah pentingkan english untuk anak2 dia. tadika tu best. n yang penting, kenangan kat situ yang aku x boleh lupa sampai ari ni adalah....mulut aku terkoyak terkena paku.huhu..tu petanda budak degil. sampai arini aku x pernah lupa kejadian tu.
masuk 6tahun, aku pindah tadika AL-ABIM, melaka. ni aku baik. sbb gi skul pakai baju kurung n tudung..;)..baiknye..anak sapa la ni..time nei..dah x der pesen2 rambut..huhu..yg ader botol air mcm2 bentuk..:D
SEKOLAH RENDAH
darjah 1 -6..s.k SACRED HEART ,mlk..GIRL SKUL...tp sebelah girl skul boy skul..haha..time rehat je, mesti ramai bertenggek kat tepi tingkap kelas aku. sebab apa?pi usha jantan-jantn ganteng di sebelah..:D.. tp aku x termasok yer. best nye skul tu sbb sume perayaan cina india portugis kristian n islam kami akan cuti.good friday pun kami cuti..gile best punye skul.:D..mesti korang jeles kan?:D
dok skul ni aku x pernah dpt no 1. haha. no aku sume ujung2. malu gak ar. tapi aku tetap berada dalam kelas no1. :D.gile bangga .hehe..so, bile nak dpt no kedudukan, aku x yah risau sbb aku mmg dah tau aku dpt no ape.:P
time kat skul ni. aku aktif. sukan la, persatuan la, memacam la..pertandingan bercerita pon aku sebok nak masok..hehe..menang wo.sbb tu skang ni byk jer cerita aku..:D
seingat aku..dari darjah 1 sampai 6..tetiap ari aku bawak bekal..pandai gile aku saving..hehe..so.aku jarang2 la gi kantin..bkn ape..aku ni malas nak bejalan2..:D..kalo ajak sopping sewonok la aku...
UPSR -alhamdulillah..membanggakan..:D
Khamis, 25 Februari 2010
- Doakan aku -
p/s - mekaseh pade yg mendoakan aku..Allah saje yang dapat membalas jasa baik korang.
Rabu, 10 Februari 2010
kelas MIT
MIT stands for "manufacturing Information Technology".banyak perkara yang kami kena belajar yang bukan bidang kami.its more about programming. Bermula dengan pengenalan computer macam ketika sekolah rendah dulu, diikuti C++ programming, Microsoft Access , Excel and now html:java:php:Micromedia dreamweaver MX.
huhu..kalau budak IT paham la benda2 tersebut.tapi kami??budak pembuatan.huhu.memang sengal la tahap gaban. skang ni tgh kelas utk html.huhu.semua pon teruja. bagus betol dak2 kelas aku ni. bersemangat waja. aku??ngehh..boleh plak dok metaip kat sini..
sesungguhnya aku dah pening dengan subjek ni. access aku x master lagi, html pon. dulu aku pernah la ade website sendiri. tapi guna front page. ni guna wordpad. maka banyak la coding yang nak dihafal.:).
Rabu, 27 Januari 2010
cantik kot.
haha..tu la patutnya tajuk entry aku.bukan apa.aku ade bace blog ikhwanismail dimana dia kata budak umah die kacak-kacak.so, disini meh aku kongsi pasal budak umah aku yang cantek2.
ikhwanismail kata, "sekali sekala wat onar apa salah". so, ni suma ikhwanismail yang ajar aku.
siti
dia asal shah alam.orangnya sangat la ayu.sopan.pandai masak.hidup aku senang.sebab bila sebut lapar jer die akan cakap "nak orang masakkan?". "jijie nak makan apa?". x ke bahagia aku cenggitu??hehe.seronok perot aku.dia jugak ramai peminat.bahaya.tapi dia bukan jenis melayan orangnya.sejak dia punya kawan yang bernama EWUK, perangai dia memang x boleh bendung lagik.bukan apa.aku risau sebab dia suka gelak sorang2. sume pon si EWUK punye pasal. buat member aku macam orang mental sudah.
aisyah
bekas pelajar STF.mantap.juga seorang yang ayu n sopan.suka mendaki gunung n wall climbing. tapi hajat panjat gunung selalu terbantut sebab mak apak dia x kasik.sian kan? dia jugak seorang yang penyayang. kalau aku x balik umah, dia mesti tanya mana aku?bila nak balik?huhu..aku terharu.satu perangai die yang buat aku geram adalah dia kuat tidur.so, aku pon akan tejebak sekali bila mana aku tengok dia tidor.haish.
esah
pernah masok matrik londang sekajap dulu.tp keluar sebab x suke matriks.leh plak cenggitu.sopan santun n ayu jugak.tp ada gila-gilanya. dia suka mengemas rumah. so, rumah aku sentiasa bersih n tersusun. dia akan jadik malas bila dia penat. tp standard la tu. sapa rajen time penat??gile hape..huhu..dia ada kereta.suke pandu laju laju.aku sendiri takut bile naik ngan dia.:D
sume pon cantek ayu sopan n ingat Tuhan.alhamdulillah.tp nak banding aku ngan mereka, sgt jauh.tp mereka syg saye.:D. lagik,to SITI, AISYAH, ESAH..thanks.:)..terbaik lah..:P
Selasa, 12 Januari 2010
--> Happy Birthday Zulhaniff <--
aisya, jijie n didie x cukup umor lagik..:D
so..di kesempatan ini...nak wish kat kamu...
1. semoga panjang umur
2. semoga dimurahkan rezeki
3. May God bless u
4. semoga mencapai ape sahaja yang diimpikan dlm hidup..
-->> ? <--
tak tahu...
tapi...
otak aku serabot.
kenapa ni??
kepala aku sakit..
berdenyut denyut rasnya..
tapi...
aku banyak kerja...
tapi...
tapi....
asal banyak sangat tapi?
.....................................................................................
Rabu, 6 Januari 2010
JiJiE perlukan bantuan korang!!plzzzz
seriously..aku perlukan bantuan semua yang ada...
problem aku adalah...
apakah product yang seswai untuk aku hasilkan as a projek?
tema projek adalah "emergency product".
apa-apa sahaja asalkan benda tu diperlukan sgt2 ketika emergency...
aku dah x der idea..coz..idea aku sume ditolak mentah2 oleh supervisor aku..
:(...katenye
"x ekstream n x telampau emergency"...
so..aku perlukan idea korang..ape sahaja idea korang pasal emergency product lei la korang post kat aku...
nie pon emergency sgt aku nak gune..:D..maseh yer korang..jasamu dikenang..:)