Khamis, 1 Julai 2010

tipah tertipu!

rutin harian aku sejak tamat diploma hujung bulan 4 haritu adalah jadik assistnt mama aku jage budak-budak. aku kan penyayang yang amat.:D. tapik, arini rutin jadik berat. sebab sumayyah yakni anak abang aku yang baru berusia 4 bulan demam..so, aku kat rumah pon kelam kabut lah. dengan dia punye melalak lagik..uh makk aii...nyaring kot suara dak kenit nie.

die kalau nak tidur, semua orang kene senyap. x boleh bunyi sikit pon. ces. macam anak raja. nasib baik cek jie ni penyabar orang nye..hak hak..dalam aku tidurkan dia, dodoi dodoikan dia, tetiba aku dengar bunyi baby nangis. mana datang pulak ni? rupanya, anak jagaan mama aku yang baru 2 tahun bawak patung barbie yang boleh nangis nangis. ces

punya berusaha aku carik butang on off dia. haram. x jumpa.ces. mana plak natang jadah ni nak off. siap lah aku bogelkan die. sikit pon x jumpa. bila aku tanya budak ni, dia kata x da butang. eh??biar betul???dah tu??macam mana natang ni nak senyap?dia geleng kepala. arh sudah..sumayyah pulak dah lalak lalak.tekanan aku.

aku tetap berusaha nak bagi barbie tu senyap dari nangis. tiba-tiba aku nampak budak kecik tu pegang batang macam batang lolipop. aku tanya la, "tu apa dik?". dia kata tu puting.oh.aku pon try la masukkan puting tu dalam mulut barbie yang melalak tu. tetiba suasana jadik senyap sunyi sepi!

DAMN!aku kene tipu ngan mainan kanak-kanak! akak ipar aku dah gelak guling-guling. budak kecik tu??tersengeh sengeh pandang aku.ces. memang suruh aku mencarut panjang panjang. astaghfirullahalazim.