Khamis, 27 September 2012

Final year project.

skarang ni, aku dah pon berada pada tahun akhir untuk menghabiskan degree aku. so, biaselah, dah jadik final year student, aku x leh la nak lari dari final year project. ni tajuk bagik FYP aku :

tajuk : preliminary investigation of laser welding
supervisor : pm dr ir sivarao 

agak2..paham x dengan tajuk tu? =D ok. aku pon pening2... tapi nanti..tgklah hasilnye...doakan aku berjaya completekan FYP aku. amin..insyaAllah

10 minggu praktikal....

dah lame juga aku x mengarang dalam blog ni. rase rindu pulak. 2 3 bulan nie, aku agak busy. tu yang segalanya tergendala. okes. banyak jugak benda aku nak story dalam ni, tapi mcm x mampu jer.

from 25/6/2012 sampailah 30/8/2012 aku dah pn menjalani latihan industri(praktikal) di shah alam. company apa? UMW Advantech sdn bhd. mesti la x ramai yg tau. sebab aku praktikal kat kilang. jadi minah kilang jer     position aku melayakkan aku di offer kerja kat kilang tu. walaubagaimanapun, aku dengan berat hatinya terpakse menolak. =_=' bukan sbb ape,cuma aku masih lagik berbaki setahun lagi untuk tamatkan degree aku. dengan harapan, lepas aku habis belajar, boleh lah try apply kerja sane. insyaAllah. 

sepanjang praktikal tu, aku stay kat rumah sewa area batu 3.this is my first time experience duduk jauh dari family. menyewa dengan orang yang x dikenali. praktikal kat tempat yang kawan2 aku pon x dapat. memang aku survival gile. syukur alhamdulillah. aku dipertemukan kawan bernama Z. dia banyak lah tolong aku sepanjang kat sana. rumah sewa aku pon die yang carikkan. thanks a lot. jasa kau, aku x mampu nak balas. hanya Allah yang mampu membalasnya.insyaAllah.




so, this was the view from my room. i rent an apartment room. =D nice enough rite? this call as REJEKI. bcus, i never expect to live here. but lucky me, the owner need a friend to help her to reduce cost while waiting for her wedding on this november. ops..teromputih pulak

oklah. dari rumah sewa nak ke kilang, kalau x jem just less than 10 minit. tapi, kalau jem, mau makan 30 minit. ok. x suke bab kene jem! aku pakai kereta manual okes! harap maklum. kalau dah setengah jam stuck jem, sampai kilang memang ketaq lutut la gamaknye. =( so, the worst thing yg aku x suke kat shah alam is jem. selain jem, makanan yang mahal especially makanan bebuke. =_=' nak jadi cerita, ade sekali tu, aku nak sangat makan roti boom. aku gi la bazar ramadhan sek13...kat stadium tu. dengan teruja aku menuju stall roti boom. skali nak order. aku tgk price trus senyap. sobss. sobs.. dok kire nak beli bape keping. sekeping RM1.20.. nak x nak aku belilah 2 keping jerk. huk huk. kat melaka baru rm0.70.. uwaaa... air plak, mana ade dah rm1. semua rm2.. T_T. nanges aku hari2 gi bazar. 

kat kilang aku duduk kat department production. yang bahagianye jadik aku, ade 5 trainee dalam opis aku, tapi, aku sorang je yang dapat meja kosi sendiri, kompiter sndri dan jugak talipon. tapi, talipon tu, haram, aku x penah tau extnsn aku. keh keh. kalau ade call in je baru aku jawab. tapi..tapi...disebalik ni semua, akulah paling byk kerja. =_=' ok. baru rase betol2 kerja. ye x? haha. *sedap kan hati ler tewwww* 
besides, hari second day aku masuk praktikal hari yang paling best. sebab?? hanya aku sorang je trainee yang diperkenalkan pada operator. kenapa??? bos aku kata utk pastikan dorang respect n takut ngan aku. keh keh. memamng dorang x kan takut munye lah ngan aku.

besides, aku dapatlah merase dinner company for the first time. hik hik. aku pegi ni pon dengan kawan aku tu. =) annual dinner dibuat di hotel the golden horses palace. betol x? oleh kerana aku baru di sana selama 1 minggu, aku memang x der pakaian yang proper. dah la tema retro. harap maap. aku memang x der pakaian retro. kalau nak selamat, pakai baju kurung. hehe. tapi, aku gigih jugak carik. makanya, bermulalah misi mencari..

*
*
*
*
*
taraaaa........ni hasilnye 


kredit to : skirt - kak pai (member sister)
baju - nural ( officemate)
belt - kak miza (housemate)

thanks to all! nak cakap jugak aku comel! *perahsan*


okes. boleh kate aku rapat dengan semua trainee. 6 perempuan. 4 lelaki. eh. besides, aku rapat ngan operator jugak. haha. dah kerja aku banyak masuk line. x boleh la nak sombong2 ngan dorang. dorang sgt best! to nik nur solihah.... thans sebab awak jadik besfrend saye sepanjang kat umw.. =) sampai hari ni, kitorang keep contact. alhamdulillah. 

so, ni aku tempek sikit gambar2 sekitar hari2 akhir aku kat UMW. 


So, ni semuanya trainee umw yg aku rapat. =) ni time iftar praktikal. =) lepas berbuka, solat dan terus ke i-city. korang memang besT!  


Ni lah cik Nik yang selalu menyakat dan disakat. =) love u la cik nik. =) 

By the way, sebelom aku terlupa, sepanjang aku kat sana, alhamdulillah. aku berkesempatan berjumpe dengan wakjan  : http://akubasikaldansesuatu.blogspot.com/ ... kind of sporting, a lot of experience and nice! =) *nampak x saye puji wakjan? nak cekelat plzz* insyaAllah. kalau berkesempatan, ade rezki, kite jumpe lagik. =) 

ops, dalam aku dok bercerita, aku lupe nak kenalkan kawan aku yg bernama Z.  =) yang byk lah tlg aku time susah. dia lah yg tolong time kereta aku pancit and kereta aku bateri kong. hehe. 

taraaa....ni lah orangnye. dah macam ustaz tengah bagi tazkirah. =_=' 

okeys..sekadar ni sahaja coretan aku mengenai praktikal aku. banyak aku skip. tapi, cukuplah sekadar ini untuk aku kongsi bersama yang lain... buhbye... =)