Sabtu, 18 September 2010

jemputan ke rumah Allah

bukan semua manusia itu berpeluang utk menjadi tetamu rumah Allah. syukur alhamdulillah..pertengahan bulan mei hari tu, aku dan keluarga telah pon kesana. 14 hari masa kami disana. 4 hari di madinah.dan hari selebihnya di mekah bagi menunaikan umrah.

ketika aku melawat makam nabi yang terletak di dalm masjid nabawi, byk peristwa yang x kan aku lupa. apakan tidak. terlalu wangi sejadah disitu yang mana kawasan itu turut dikanali sebagai taman syurga. berpusu-pusu org melakukan solat sunat termasuklah aku. aku ingin kan keberkatan. air mata aku begitu mudah utk jatuh. sesungguhnya aku insan yg kecil yg hina.

gembira?tentu aku gembira. tapi, hati aku hiba.sesal.takut.gerun.nervous.suma pon ada setibanya aku di masjidil haram. aku hanya manusia biasa. banyak dosa yg aku dah lakukan. aku pernah dengar org bercerita pasal ada jemaah yg kesana ditutup jalan keluar..x nampak kaabah..aku sendiri pon dah tebaca beberapa artikel mengenai itu. aku takut perkara2 itu akan terkena kepada ku. sepanjang aku menuju ke kaabah, aku perbykkan selawat n istighfar. aku nak lihat keindahan kaabah. syukur alhamdulillah. aku dapat melihat kaabah. Allah permudahkan jalan kepada ku. air mata aku gugur melihat kaabah tersergam indah dan begitu besar sekali.

terlalu byk yg aku fikir ketika di sana. alangkah indahnya umrah ku andai arwah ayah aku ada sama. pasti aku tidak sesedih hari ini.

ketika di sana juga, aku x lepas dari demam. manakan tidak. cuaca di sana panas dan kering. hampi 3 hari aku tidak turun ke masjid. hanya mampu utk duduk dalam bilik berseorangan sedang orang lain berlumba mencari keredhaan Allah. mungkin Allah ingin menduga aku.

makanan disana agak mahal living cost pon tinggi. tetapi, makanannya enak2 belaka. disana jugaklah aku belajar minum air zam-zam yg selama ni aku x suke.tapi ketika di sana, itulah air yang paling nikmat pada aku. selian tu, buah kurma. itulah kali pertama aku makan buah kurma dan pada aku ia sangat sedp. selama ni, aku x berapa nak makan buah kurma.

sesungguhnya, pengalaman menjadi tetamu di rumah Allah itu sangatlah berharga dan aku berharap untuk kesana lagik suatu masa nanti..amin

6 ulasan:

armouris berkata...

info tentang kurma di SIHAT SELALU - Khasiat Kurma

Kuwe berkata...

selamat hari raya. ;) sedap dia pergi sana. iye dok.

aisyah berkata...

lepas ni kalau nak pergi lagi jangan lupa tiket untuk aisyah safuan.saya miskinn.

JieJie berkata...

kuwe - :)
esah - nak kene lempang laju laju x??

fatt berkata...

jie,
nama sis jie ek...akak pgil jie la ye senang...cuba rewrite balik entry ni. nak baca jgk pglmn sis masa kat sana. akak blum ada chance nak sambung ni..iskk...byk sgt nak ditaip tp takde masa.

tp jie perasan tak..rasa air zam zam lain bila dh smpai msia? mcm payau skit, kalau kat sana rasa biasa. tp seronok kan dpt minum zam zam sepuas hati? akak pun hrp dpt pegi ke sana lagi.. :)

langkah kaki.. berkata...

yerp..bolei jer nak panggil jie..insyaAllah..saye try rewrite balik..hak hak..thanks sis..habiskan medan dulu kot..:D.. saye pemalas sikit..mcm sis rajen..hehe..byk jugak trip yg x di up dlm nei..T_T...try buat one day..:)

sangat perasan..kat sane..bebotol botol minum..selamba..sedap plak tu.. kat sini.??haih..nak minum gelas kecik pon susah...sangat puas dpt minum air zam2 byk2..:)..
insyaAllah..ade rezki sampai lagik kesana..:)