Rabu, 9 November 2011

26 soalan untuk 26 jam


gile tak nak paling gempak aku punye title. haha. x la sampai 26 jam. tapi satu hari suntuk jugak la aku buat soal jawab nei + - dengan semua gambar yang harus aku selongkar dalam hard disc aku.. meh sama2 bace jawapan aku bagik setiap soalan yg sis fatt utaraka.

********************

PART I

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas.

Nama aku Jijie. Aku third year student of manufacturing engineering (process) di UTeM dan pure Malaccan. Perwatakan aku sedikit sombong n gedik la kot if org x kenal aku. Tapi, hakiktnya, aku seorang yang easy going n friendly. Yang paling penting, aku independent. Aku suke xtvt outdoor n extream. Besides, aku seorang hikers n Aku sukekan gunung ganang. Disebabkan itu juga, aku terjebak ke dunia travel yang sgt best!

2. Sejak bile anda terjebak ke dunia travel?

Sejak bile yer? Not so sure. Dari kecik arwah ayah memang dah ajar anak2 bejalan holiday. Every school holiday, ade je tempatnye. Tapi dalam Malaysia je la. Then, masuk university, join kelab rekreasi. Selalu follow dorang merata rata untuk mendaki gunung. Finally, dengan member2 sendiri, we used to go for hiking kat medan secara backpack (2010). Sampai sekarang, bile ade cuti panjang sikit je, mula la mencari tiket2 murah.

3. Yang mana satu menggambarkan diri anda; traveller or tourist?

Both barangkali. Sebab bile dengan family, we r tourist. Haha. Semua pon haruslah proper. Ada org tua kan. X kan nak main sedap kitorang jer. Tapi, bile dengan group sendiri, I can be a traveller. =) sangat flexible.kan? =D

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie backpacking , memandai sendiri or travel agency?

Dengan family, normally travel agency. Alhamdulillah belom pernah kene tipu. Murah sangat adelah. Mcm ke bali. Seronok dengan travel agency yg ade. Bile pergi sendiri, mmg backpacking@memandai sendiri. Lebih prefer mcm tu sbb baru terasa mcm mat salleh2 yang dtg kat Malaysia tu..haha. sengal!

5. Siapakah travel partner anda?

1.dengan group rekreasi alumni UTeM. 2.dengan my sis and friends. Itu sahaja. Tapi, masih mencari kalau2 ade yg sudi nak travel ber2 je ke..kuikui.*kau bajet mama bagik pergi je kan kalau 2 org?* T_T


PART II

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar Negara?

Ketika berusia 5 tahun. (1994). Ke Singapore.tapi tu zaman kecik2 mana nak tau paper. So, dikala usia yang serba tau, first time gi cuti luar Negara time g bali. (2009).dengan family. Abang bawak time dia gi honeymoon.wiiwww.. :P

7. Senaraikan nama tempat/Bandar/Negara yang telah dilawati setakat ini.

Singapore ; bali ; medan Indonesia ; Kuching ; madinah ; mekah ; seluruh semenanjung..x sabar tgu next year. insyaAllah..

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/Negara lebih daripada sekali? Jika ya sila nyatakan nama tempat itu.

Kalau dalam Malaysia, pulau langkawi n Kelantan la paling banyak kali. Kalau luar dari situ, pon ade. Medan Indonesia. 2 kali.

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa.



Mekah. Atas sebab, nak cium batu hajarulaswad. Haritu pegi x dapat cium. Sebab mama n akak risaukan keselamatan aku. Dengan x sehatnya, orang yang besar2 lagik. So, berhajat sangat nak kesana lagik.insyaAllah.

10. Nyatakan 3 tempat/Bandar/Negara yang ingin anda kunjungi dimasa hadapan.

Nak sangat pergi new Zealand. Tengok gambar2, n.z view macam sangat superb! China sebab nak try tembok besar china n Thailand! (nak gi semua pulau kat sane…T_T) tapi..honestly, byk lagik Negara/tempat yg nak sangat pergi. Haha

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami sema
sa bercuti.

Pengalaman paling kelakar bila mana sesampai je kat airport medan. Ni second trip aku kesana. Tengah nak lepas imigresen, aku n 5 orang lagik beratur macam biase. Tapi, aku orang paling cepat lepas. Tunjuk passport terus lepas. Semua orang musykil. Yang lain, kene scan dedua tapak tangan, ibu jari kiri kanan, cap kaki je die x mintak. Yang paling best, die mintak tiket balik Malaysia. Lama jugak dorng stuck kat bahagian ni. Kesian pon ada. Bile semua dah lepas, semua pelik asal aku lei lepas cepat. Ayat salah sorang partner aku “entah2, kau ni asal indon eh? Ke kau ulang alik tiap2 minggu ke indon??” haha..sengal weh! Aku lempang sekor2 baru tau. Aku pon x sure kenapa aku lei lepas senang. Maybe sebab ni second time aku kesana kot. =P

12. Ceritakan pengalaman yang memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti

Pengalaman buruk time kt perkampungan tomok, pulau samosir. Time nei, tengah jalan2 cuci2 mata sikit. Tup tup, tangan aku kene tarik. Penjual kat situ yg tarik. Aku x masuk langsung kedai dia. Aku memang cuak gila bile die wat mcm tu. Tujuan? Semata nak pecah telur. Hangguk die!! Tu manakutkan adelah. Bajet aku orang kaye agaknye. Semua benda nak dibeli. Kalau barang murah2 x pe. Sengal! Sambil becakap, sambil genggam kekuat tgn aku. Sakit dowwwhh!! seb baik aku waras. Kalau x, mau kau makan penampar. Budus.

13. Adakah anda suke mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah Negara?

Yerp. Sangat suke mencuba. Time ni la kite boleh rase macam2. Balik Melaka, Malaysia, x dapat dah benda2 tu semua.rugi wo

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaannya.

MEEKOLOK. Ni makanan Sarawak. Seriously. Sangat sedap. After balik dari Sarawak, aku x tau mana nak carik this kind of mee lagik. =’(. sorry gaambar x der. oleh kerana aku pelahap makan, sampai je makanan memang x kan amek gambar. terus masuk mulot. =P


PART III

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau begtroli.

Both jugak. Bile dengan family, begtroli. Sebabnya mama marah nak berbackpack bagai. Bile x dengan mama or family, backpack pilihan aku. =).lagipulak, aku kan selalu panjat gunung. x kan la aku nak bawak beg troli. gile meroyan ke hape?? =)

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan.



Sebelum aku ada beg sendiri, aku pakai beg akak aku. (tu wane biru). deuter 45L air comfort. Beg tu dah lama. Arwah ayah aku beli untuk akak aku time die nak naik gunung kinabalu. Dengan beg tu, akak aku dah pon habiskan G7 dia dan aku dah pon gune kan beg tu utk 2gunung dlm senarai G7 tu which is gunung korbu n gunung gayong.

Oleh kerana aku x suke pakai beg orang lain lama2, aku mintak kat mama satu beg lain. Tu, beg deuter aircontact 40L+10L.kocik je. Beg tu paling jauh pon dah sampai kat medan Indonesia 2 kali. Beg tu lebih banyak follow aku naik gunung. =)

Beg kecik kuning nie, nekko. Ni hadiah dari yang tersayang.ewahh. =P. *sile jeles* ade sape2 nak hadiahkan lagik beg utk aku?? :P beg kecik nie, memang sentiasa dibawa kemana2 especilly kalau travel n hiking daypack.

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti.

1)first aid sendiri. 2)diary + camera 3)bear mr bean. =D

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe

1)laptop 2)mp4 3)makeup! Haha.x pernah ade dalam senarai.

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog,tulis poskad,amik gambar)

Amek gambar itu satu kemestian wo..:D.. aku suke bergambar. Mana

pergi mesti nak amek gambar. Kalau pergi bercuti, dah nama x bawak laptop, memang x update paper la kan. Tapi, aku akan menulis dlm diary yg aku bawak. Harga transport.makan. detail schedule.semua pon dalam buku tu

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?

Soalan cepumas barangkali. Actually benda ni ikut situation. Kalau aku berada disekeliling orang yang dikenali, aku memang akan suka bergambar. Tapi, kalau aku berada di sekitar orang yang x berapa nak ngam, dorang panggil, baru aku begambar. Malu2 kucing gitu. Kalau dengan family pulok, aku lebih prefer aku yg amek gambar mereka. =)

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ker, tak kisah


Ok. ni paling suci punye muke. =D

cukup diva??tp ayu banagt neh

ok..puncak gunung always superb!

asal makin bawah gambar makin getis2 nei?? hehehe. ^_^


amacam??cukup pemalu x?? atau cukup diva?? aku x tau kenapa gambar ni jadik kecik.. =(.sob sob

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

Normally, souvenir yang aku kumpul fridge magnet and keychain. Aku jarang kumpul benda lain. Walau aku x penah pergi OZ, Cambodia, tapi kerana aku seorang pengumpul souvenir, kawan2 aku yang baik hati dah pon menghadiahkan all those keychain utk aku.suke! thanks babe!

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?

Ahli keluarga itu haruslah! Tu tanda aku ingat dorang even aku pergi tanpa dorang. tambah pulak, setiap kali aku g travel mane2, mesti abang + akak + mama aku kasik duet poket. Kalau sorang bagik rm50, 3 orang dah rm150. Hehe. Banyak la jugak tu. =P untung jadik anak bongsu. Kawan2?? Tgk keadaan. X semua kawan aku dapat. Yg betol2 rapat je la dapat.

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan sesuatu tempat?

PASHMINA. Pelikkan? Tapi tu la kebenarannya. Aku ade banyak pashmina. Mostly bukan dari dalam Melaka. Kuching, bali, medan, mekkah, Jeddah, madinah etc. haha. Lain tempat lain corak pada pashmina dan Lain jenis kainnya. Tapi, aku kumpul je. Pakai nye x pong..T_T satu lagik aku kumpul duet2 negara yang aku pergi. X kire la duet syiling mahupun kertas. =)


PART IV

25. Seorang traveller harus mempunya pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/Negara/Bandar yang pernah dikunjungi (pick random)

Pulau samosir – penduduk kawasan ni masih tidak maju seperti penduduk2 di sekitar medan. Mereka masih lagi membasuh pakaian di kawasan tasek, mandi di tasek dan anak2 kecik jugak.err..x la kecik mana..dah bajet sekolah rendah da pong.. still mandi dalam tasek dengan keadaan naked! Oh maii…^_^.

Bali – walaupun duduk hotel bertaraf 5bintang, x rase macam duduk hotel 5 bintang.T_T. hotel tu sama je tarafnye ngan hotel2 di Malaysia yg bertaraf 3 bintang. Sadis. Bayaran internet juga mahal. X macam di medan. Lebih murah.

Madinah – bagi orang2 arab, isteri x boleh keluar bekerja. Husband je yang kerja. Untuk jadik isteri yang baik, si isteri harus pandai dan suke bershopping.*itu aku suke!*tengk je gadis2 sane pakai jubbah n purdah hitam tu.even satu warna, tapi, harga dia…1 ke 2k. haih. Terdiam aku. living cost sana sangat tinggi. Sebab tu sapa kerja kat negara2 arab memang dapat gaji tinggi. Jadi pak guard je pon gaji dah 7 ke 8k. aku jeles. Sob sob

26. Lengkapkan ayat ini. “Saya berangan…..” dan ayat tersebut mestilah berkaitan dngan travel

“saya berangan untuk travel solo satu dunia! Saye berangan untuk tiap2 bulan pergi travel mane2 tanpa hirau kene marah dengan mama. Tanpa hirau duet belanja! “ walaupun saye tau angan2 saya tu hanya ANGAN2 KOSONG..T_T.


SOALAN BONUS

Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)

passport kat mama. x pernah simpan passport sendiri. so sorry sebab x pat nak tunjuk yg mana paling best. tp op cos la ke umrah. sebab..dlm tu ade visa n ntah. aku suke! ewahh. :P


p/s : x puas ati ngan gmbar lama..sanggup pi edit gmbar buat yg baru.. kui kui..T_T

19 ulasan:

_aiza_ berkata...

oit...arwah ayah beli beg akak time nak naik santubong lah dear..after a year baru beg tue naik kinabalu...

Fatt berkata...

salam, warghh dah siap..harini ramai plak submit entry including jie...sis tgh lari dari 1 blog ke 1 blog baca jwpn korang...mmg best :D

thanks a lot sbb luangkan masa melayan 26 soalan SPM tu..hahaha...ada yg pening2 lagi..sis pun baru separuh jln taip,tak habis lg sbb review org punya..ok, kita mulakan...

1. one of the thing that i regret is tak cuba hiking masa zmn U dulu...wasted years...sbb masa tu im not surrounded by frens yg into outdoor..sume ulat buku..ruginye T__T
2. pasni tawan gng2 lain kat indon ok...my fren yg kaki gng slalu ajak tp akak tak confident sbb dorg dah biasa...takut nyusahkan dorg plak nanti. pastu sila teruskan minat yg ada, jgn stop..make it to the fullest!
5. mebi pas keja, pegang duit sendiri & bleh meyakinkan dorg yg ure totally independent
7. cam byk jek projek next year. all the best! :)
9. sis pun!! aritu dah dpt dekat gile tp sbb masih dlm ihram so takut nak pegi sbb takut terkena wangian nti kena dam...so i let the chance. seken time pun ya, masa tu tgh tawaf, then ada org indon nk bwk..immediately teringt yg dorg akan pau duit..so akak buat dek jek wlpun haritu last, nak balik dah...wuuuu~
10. rata2 sume org tertarik nak ke NZ. i must agree, tmpt ni mmg cantik sgt..u must go!
11. akak tau nape, sbb masa 1st time dia dah amik sume chop jari...so dats y the next visit tak amik & laju je...dulu tak mcm ni, tp rasanya baru lagi dorg amik chop jari sume2 tu...pelik jgk...i mean, dorg bkn Oz or Nz or UK yg takut sgt org overstay or illegal employment, kan? pfftt!! feeling barangkali
12. sis ada bc psl ni...mmg teruk dorg buat jie. kdg2 cara dorg ni over skit..kan? mcm desperate sgt
14. alaaa..baru nk tgk camne la rupe mee kolok tu...slalu dgr org cerita tp tgk rupanya tak penah. gugel mmg bleh tgk tp malas :P
tapi mahal tak?
15. jgn jadi janggel...dia berangan nak angkut beg troli naik gng...HAHAHA
16. beg deuter kaler gray tu brp liter? cantik. seems like u like deuter very much. tp mmg brand ni tahan lasak...berbaloi membeli wlpun mahal
17. mr bean? ni mesti bf bagi kan? kan? kan? hehehe
21. alaaa..tecitnye gmbr..nmpk cam byk gmbr menarik tu. cer buat extra large, takpun large, rasanya boleh
23. untungnya jadi anak bongsu!! :D
24. pelik sbb tak pakai. hehehe..tp klu boring bleh pakai. wat tudung lilit tu pun lawa. tp ada org suka kutip batu oke, sis baru baca tadi...mcm2 perangai pelik la korg ni...hahaha
25. suatu hari nti nak gi pulau samosir ni..nmpk cam byk benda bleh tgk...err, tak tertakluk pd org bolen di dlm tasik jek..tp rasanya dorg punya lifestyle mmg mcm mesia zmn dulu kala
26. jie, sume org bermula dgn angan2...akak pun, suka berangan. pastu mgkin disertakan dgn tekad & azam skit pastu barula angan2 tu jd kenyataan. jie mesti bleh buat, yg penting preparation kena ada, study psl tmpt tu..tp utk travel solo, hati mestilah kuat sbb mcm2 dugaan ada & waktu tu kita kena bijak buat keputusan..apa2 saja sume tggung sendiri...tp jgnlah give up sblm mencuba, coz u'll learn a lot & appreciate urself a lot after that :)

soalan bonus - sama jgk, suka stamp tu sbb pjalanan tu sgt istimewa, mjadi tetamu Allah :)

anyway jie, thanks a lot sbb sudi luangkan masa. sis appreciate sgt & pasni kalau sis buat lagi kuiz, sis akan tag jie okie! :D

kemang~ berkata...

beg deuter kelabu tu lawo..;)

Biqque berkata...

study lagi, takpe...sok2 keje bagus2 bleh gi jalan2 k :)

langkah kaki.. berkata...

aiza - akak...mane nak tau sej beg tu..haha. seingat adik ke kinabalu..salah ler ni..hehe.ampun.

sis fatt - haha. x pe..skang pon still lei naik gunung..=). jie pon dah kurang gunung yg perlu berhari2..after injured..naik gunung sempoi2 jer..:D.
-mee kolok...try sis bayangkan..maggie mee kosong...letak kicap..x menarik kelihatan..tp dah makan..sedap wo.:D.
-ha???naik gunung bawak beg troli?? wah.mmg nak sgt tgk la kan kalau janggel bran wat gitu..=P nnti jie lawat blog die...
-bear tu..bkn bf bagik lor...bear tu dah lama. jie rembat kat abg jie after bantal busuk jie kene buang ngan mama..:P. so..sampai skang mmg kemana pon bawak bear tu.harus!
-beg deuter hitam tu 4o+10..best.=) comfort sgt...insyaAllah..
-haaaa???pakai pashmina banyak2 tu???x reti la pakai belit2..tu yg dok tegntung je dlm almari tu..nak lipat x sampai hati.nnti die komot..haha
-nnti jie try jadikkan gmbr tu besar..:D

kemang - salam kenalan. beg klabu tu mmg lawo..mcm owner die. eh??salah plak. haha

biqque - hye sis. salam kenalan..amin..insyaAllah.kalau dah kerja mungkin la jauh lagik langkahnye..kalau ader rezki n pnjng umur..amin..=)

Ren berkata...

Hmmm rasanya ada komen smalam kat sini..tapi takde pulak..ok takpe. BTW memang gigih la mendaki gunung eh? Bagus untuk kesihanan...Saya ni harap kene paksa je, kalau tak idokle nak manjat2 bagai hahahahaha.

Banyak nye beg!!!! Giler jeles!

;p

langkah kaki.. berkata...

janggel - x la gigih mane..haha. just bile naik gunung..satu kepuasan yg x dapat dirasai bile sampai puncak n tido kat puncak..:D..ops..sile jeles byk2 yer.. hehe. bukan semua pon beg org..=D

just.HY berkata...

helo salam kenal! moga2 dpt tmbh kwn travel baruuu!!!

anyway, jeles tgk ko punye koleksi backpacks. mcm2 size adaaa!!!

Fatt berkata...

singgah lagi...ok gambar dah besau...eh, gmbr yg pakai costume tarian tu menarik la...kat sarawak eh? mmg bleh terai ke? tetiba berangan nak pakai jgk

jie main dslr gak ke? nikon ke canon? argh...jeles..bila nak beli ni?? camne nak beli asik terbabas ke lain?? huhuhu...

oic cam gitu rupanya mee kolok...ingtkan ada buh ayam ke daging ke..klu kosong tu mmg lain..mgkin kicap tu yg spesel

langkah kaki.. berkata...

john - yerp2..semoga dpt + kawan travel n bace expernce dari ramai org..=D..eh mcam ramai plak yg jeles dgn beg2 u..hik hik.:D

sis fatt - hak ah..gambar tu kat kg budaya sarawak. keh keh. tu bukan costume tarian actually..tu pakaian tradisional salah satu kaum kat sarawak..:D..bolei je terai..rm10 sekali pakai. tp pakai sekitar area rumah kaum tu je la.:D
-dslr? x la main mane pon..tau sikit2 je sis..nikon d90. x semua tmpt jie pergi bawak dslr.. yg slalu bawak camera digital je.:D hahaha.. x nak tebabas..bawak duet trus gi kedai yg aim.. jgn simpang2 dah..:D confirm dpt.:P
-tu la..die biase je actually..tgk laksa lagik menarik.haha. tp tu la.maybe kicap die tu yg spesel..:D

kemang~ berkata...

peh d90???

fatt kite sameeeee !! bile la nak sangkut dslr kat leher ni.. terbabas ke beli tiket flight je duit2 nih !!

langkah kaki.. berkata...

kemang...kenapa dgn d90??? T_T maap..saye noob pasal dslr neh... T_T

Ely Hasrul berkata...

comel okeh susun beg cengitu.. yg gambo pakai cam baju traditional tu kt ne? menariks

Lily Riani berkata...

ur bag byk adek beradek...hehehhe... do re mi fa so.... comei gilos.

u tau dak diarang kata pulau samosir tuh besar dari spore, sooo... bygkan besar mana kawah tuh.... kagum dak?

ngaku yg u tiap minggu gi indon! ngaku!!! heheheh.... awat tak reverse and tanya or dia nak ngorat u kot. kuang kuang kuang...

langkah kaki.. berkata...

ely - comel?? tq... tgk owner la kan..keh keh. *muntah*..g baju trational yg cantek tu..kt kg budaya sarawak...cantikkan?

lily - haha. do re mi fa so (la akan dtg). yg so tu anak buah punye...=D..
- pernah dgr jugak pasal pulau tu lebih besar dr spore. tp mmg sgt besar pon... nak gi satu tmpat ke satu tmpat amek mase jugak... kagum dengan pulau tu sbb dlm kawan bolei ade pulau! hohoho. dahsat.
-haha..kalau itu olang ensem wa reverse dah nanyer. tapi..tapi..misai die je pon dah takut.. kehk keh

Ely Hasrul berkata...

santek.. nnti kalu g memana kg budaya nk try lah pakai baju traditional dorg. aritu time attend wedding kt bandung, family fren nih dh siap bwk jumpa wedding planner suh pilih baju nk pakai ape.. tp err makaseh sajelah, kebaya dorg dh la ketat, jarang patu kaler sume lebeh kurg aje hahaha jadik lebeh baik la pakai baju kurung aje, nmpak la mesian nye hehe

langkah kaki.. berkata...

sis ely - wah..bestnye dpt tgk orang lain kawen..i mean adat negara lain..nak sgt rase cenggitu..er..tp x la attend pakai baju yg mcm tu..T_T. seksiss bebeno jadiknye.. =D

Ain Mardhiah berkata...

salam ziarah tuan rumah....

uuu, hiking! best giler!

last saya hiking adalah zaman sekolah rendah. haha. kekurangan gunung agaknya kat penang tu. =p

langkah kaki.. berkata...

salam kenalan ainul.

hiking mmg best! hehe. wah..sangat dah lame. err..penang? x penah hikng kat penang. hehe. mostly gunung2 malaysia ni area banjaran titiwangsa... =)