Selasa, 15 November 2011

Gunung ganang Cameron Highland

Tetiber terkeluar entry pasal gunung. =D. bukan entry ape pong. sekadar berkongsi senarai gunung ganang kat sekitar Cameron Highland yang dah aku jejak. Cameron Highland sangatlah banyak puncak gunung yang boleh didaki. samada kite mendaki guna kaki atau kite mendaki guna kereta. *part daki gune kereta tu yg best*

ni senarai gunung kat sana yang aku dah daki..gune kaki =D
  1. gunung brinchang
  2. gunung irau
  3. gunung perdah
  4. gunung jasar
  5. gunung berembun
  6. gunung chantek
  7. gunung chentuk
ni plak senarai gunung yang dah aku daki gune kereta. =D
  1. gunung brinchang
  2. setengah gunung beluat (airport lama cameron highland)
pada aku, antara kesemua gunung ni, yang paling aku suke gunung irau. sbb, trek die memang mabeles. penat x usah kire la. naik bukit brogar pon penat. tol tak? tapi, kepuasan. between, macam aku cakap tadik, trek die mabeles sebab, gunung ni kan sejuk. so, banyak la lumut-lumut yang tumbuh pada pokok-pokok. ala, macam cerita-cerita kat hollywood tu. yang dalam hutan, tapi still cantek. ade rumput karpet. lumut cantek. *alice in wonderland* pon boleh. =) gunung irau boleh buat daypack. tapi, sangatlah rugi. nak rase kepuasan, tidur lah puncak. =) so far, gunung ni dah aku jejak 2 kali. sekali daypack. sekali tidur puncak. kepuasan lebih bila tidur puncak. tapi, yang parahnya, gunung ni tak der water point. so, kena la angkut air dari bawah.

part daki gunung naik kereta, itu memang seronok. seronok sebab x penat.tapi! ada tapinye. jalan untuk ke puncak gunung ni selalunye merbahaya. jalan tepi-tepi gaung. jalan 1 lane. pusing pusing pusing pusing dan pusing. lebih bahaye if hujan. subhanallah. doa je la sepanjang perjalanan supaya everythings gonna be ok. + jalan-jalan macam nie la senang mabuk *bluuwekkk* . ni serious thing sebab aku sendiri melalui nye. muntah belelah aku dibuatnye. behenti half way sebab aku nak muntah + aku mabuk. so, jangan fikir daki guna kereta senang. =P.

so, ni antara pengalaman aku sekitar gunung-gunung kat cameron. insyaALLAH. ade mase, aku up kan gambar-gambar aku sekitar gunung-gunung neh. =)


4 ulasan:

Zilla berkata...

tak acilah beb daki gunung kete hehe..

irau mmg cantik, lumut berjuntai2 + lantainya bersih seolah2 terjaga..terasa seperti berada di satu dunia yang berbeza hehe.masa saya p haritu siap boleh dgr bunyi orang masak, motor dan sebagainya; memang meriah kowww :D

langkah kaki.. berkata...

mak aih..sampai dengor bunyik2 gitu..tu bunyik ori ke..bunyi sekdr dlm hutan?? hehe.. =P ...kan kan..irau sangat cantek. sejuk plak tu..:D x rugi kalau sape first timer naik gunung tu.

haha. daki gune kereta..bkn slalu. tp azab mabuk...^_^

fatt berkata...

baru tau dulu kat cameron ada airport. ketinggalan zaman sungguh T__T

langkah kaki.. berkata...

tu la....airport die sgt jauh...x lei bayangkan cam ne orang2 dulu nak ke airport tu..T_T.