Jumaat, 25 Disember 2009

syukur alhamdulillah...

semalam, secara rasminye aku telah mengetahui pointer aku pada sem lepas melalui portel rasmi univercity aku. syukur alhamdulillah kerana pointer aku agak meningkat. walaupun bukan dean list, tp aku rasa nak nangis bila tengok result aku. nangis gembira. result tu diluar jangkaan aku.

sebelum dapat result lagik, awal-awal dah ku beritahu pada mama aku jikalau result sem ini terok. terlebih dulu aku mohon maaf pada mama. bayangkan carry mark aku hanya separuh sahaja n ada dua subjek yg carry mark aku teruk..berbekalkan carry mark yg teruk tu, manalah nak dapat pointer yang bagus. tp kata mamaku, "x pe adik. adik dah buat yg terbaik. n insyaAllah, mama doakan keputusan anak mama."

sangat terharu aku dengan kata-kata mama. mama sangat memahami anak-anaknya terutama dalam pembelajran. mama tidak akan marah jika kami gagal. tetapi mama akan bagi nasihat yg akan buatkan hati kami adik beradik rasa untuk terus maju ke hadapan. sesungguhnya beliau lah mama terhebat di muka bumi ini. dulu, berkaitan pelajaran aku lebih suka untuk berkongsi dengan ayah.tapi tu dulu. sebelum ayah pergi. sekarang, mamalah tempat aku khabarkan segalanya tentang pelajaran. susahnya subjek tu, garangnya lecturer tu, baiknya lecturer tu.suma pada mama.

isnin nanti, bermulalah sem terakhir aku bergelar seorang pelajar diploma. sebab tu aku sangat risau dengan pointer sem lepas. aku ada target yang perlu dicapai untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree. dengan keputusan semalam, aku harap aku berjaya menyambung pengajian aku ke peringkat degree.

aku harap, sem terakhir ni tidak mengecewakan aku. :).aku mahu yang terbaik buat diri aku n keluarga. aku nak mama aku happy. aku x nak mama aku rasa sedih, aku x nak tgk mama aku susah.

10 ulasan:

dila berkata...

well..life is full of suprise..
tahniah..

QisTina berkata...

congratulation! and celebration!
:P

Fatt Chin Choy berkata...

tahniah!!!
doa mak selalu makbul

JieJie berkata...

dila --> yeap..thanks yeah

qis --> celebrate wut???haha..tq

ah fatt --> tq..yerp..doa seorang ibu selalu makbul..amin...

azzaliena suziantie berkata...

wahh
tahniah
nti belanje aiskrem ek
haha

i'msosupernotcool berkata...

congratzzz..

dorayakiii ツ berkata...

tahniah jijiee :)

JieJie berkata...

azza --> eskim 20 sen bolei??eskim gak kan??:P

supernotcool --> tq

muniey -->tq..tp x sehebat ko..:P

Best Of Me 321 berkata...

SALAM PERKENALAN DARI BOM321
bom321.blogspot.com

Kuwe berkata...

ok la tuu