Rabu, 7 Disember 2011

AIRASIA promo!!

sakan sane sini orang cerita promo AA. yang nak berjage malam bagai. huhu. sewonok aku dengar. dengar je la sewonok. hakikatnye, hati aku terseksa. sob sob. ='(

sepanjang promo AA berlangsung, aku kene totop lappy aku atau block website AA supaya aku x gatai tangan untuk tinjau tinjau destinasi. tahun depan dah kira cukup banyak bagi seorang yang bergelar student, yang tidak ade income, untuk berjalan jalan merata. duet memang x menyimpan la gamaknye asyik nak berjalannnnnn jer! mama dah bising kat aku. sob sob. semoga aku ade keinsafan untuk menyimpan duet. jangan asyik nak berjalan jer! ^_^

Rabu, 30 November 2011

wall climbing

ha...ada bran???


rutin petang kembali bz. =) kadang-kadang, bile dah tension class, balik rumah aku tidur. tapi skang neh, aku rajin turun wall climbing. =). aku takde la hebat macam orang-orang lain. panjat sampai top. tapi, aku climb sikit-sikit. aku ade masalah gayat tinggi. sebab tu susah. kadang-kadang, tak penat pon lagik. tapik aku dah give up. sebab aku takut kalau jatuh. gayat punye pasal. sob sob. =) thanks pade mereka-mereka yang banyak ajar aku time aku turun kat wall.. =)

Selasa, 15 November 2011

Gunung ganang Cameron Highland

Tetiber terkeluar entry pasal gunung. =D. bukan entry ape pong. sekadar berkongsi senarai gunung ganang kat sekitar Cameron Highland yang dah aku jejak. Cameron Highland sangatlah banyak puncak gunung yang boleh didaki. samada kite mendaki guna kaki atau kite mendaki guna kereta. *part daki gune kereta tu yg best*

ni senarai gunung kat sana yang aku dah daki..gune kaki =D
  1. gunung brinchang
  2. gunung irau
  3. gunung perdah
  4. gunung jasar
  5. gunung berembun
  6. gunung chantek
  7. gunung chentuk
ni plak senarai gunung yang dah aku daki gune kereta. =D
  1. gunung brinchang
  2. setengah gunung beluat (airport lama cameron highland)
pada aku, antara kesemua gunung ni, yang paling aku suke gunung irau. sbb, trek die memang mabeles. penat x usah kire la. naik bukit brogar pon penat. tol tak? tapi, kepuasan. between, macam aku cakap tadik, trek die mabeles sebab, gunung ni kan sejuk. so, banyak la lumut-lumut yang tumbuh pada pokok-pokok. ala, macam cerita-cerita kat hollywood tu. yang dalam hutan, tapi still cantek. ade rumput karpet. lumut cantek. *alice in wonderland* pon boleh. =) gunung irau boleh buat daypack. tapi, sangatlah rugi. nak rase kepuasan, tidur lah puncak. =) so far, gunung ni dah aku jejak 2 kali. sekali daypack. sekali tidur puncak. kepuasan lebih bila tidur puncak. tapi, yang parahnya, gunung ni tak der water point. so, kena la angkut air dari bawah.

part daki gunung naik kereta, itu memang seronok. seronok sebab x penat.tapi! ada tapinye. jalan untuk ke puncak gunung ni selalunye merbahaya. jalan tepi-tepi gaung. jalan 1 lane. pusing pusing pusing pusing dan pusing. lebih bahaye if hujan. subhanallah. doa je la sepanjang perjalanan supaya everythings gonna be ok. + jalan-jalan macam nie la senang mabuk *bluuwekkk* . ni serious thing sebab aku sendiri melalui nye. muntah belelah aku dibuatnye. behenti half way sebab aku nak muntah + aku mabuk. so, jangan fikir daki guna kereta senang. =P.

so, ni antara pengalaman aku sekitar gunung-gunung kat cameron. insyaALLAH. ade mase, aku up kan gambar-gambar aku sekitar gunung-gunung neh. =)


Sabtu, 12 November 2011

hari yang banyak dugaan nya.

semalam memang hari yang tak berapa nak enak barangkali.dari melaka, aku bergerak ke kluang felda kahang) untuk attend kenduri kawen kawan. pergi dengan mama n akak aku. as usual la. aku drive. balik tu baru akak aku drive after hujan lebat nauzubillah. aku x pakai spek. x nampak sangat. tapi honestly, hari ni sangat banyak obstacle.

1. bermula dari aku gerak nak ke kluang dari cheng melaka, aku stuck in jam sebab ade pokok tumbang. kene patah balik. dengan kereta-kereta yang tak reti adab main pusing sedap hati abah dorang.

2. naik je highway, start hujan selebat lebatnya. highway mlk-johor memang banyak dengan lori yang laju-laju. so, kereta banyak kali la macam nak membuang sebab lori-lori ni laju-laju yg amat.

3. naik je tol ayerhitam, nak ke felda kahang tu, bukan main jauh. tgk dalam map dokek yo..T_T adoi..tertipu den. sampai risau ingat dah sesat. sob sob

4. sampai umah orang kawen, nasib aku pakai wedges. so, kaki x kene lecak. haha. sian akak aku pakai kasut flat. kasot ade tambahan warna u.

5. makan punye makan, sekali ade mamat encem dok sebelah makan. aku punye khusyuk makan sekali isi ayam terbang kat seluar mamat tu. Oww MAI GODDDD!! aku rase nak menyorok bawak meja weh!! malu x yah cakap lah kan. wuuwuu.

6. balik dari umah orang kawen tu, kat pekan kluang, kereta aku involde in small accident. T_T. first time kereta aku accdnt. aiseh.. orang langgar bontot kereta. pecah la jugak bawah bonet aku tu. sengal. dah langgar. x mau bayar. pelempang nak? dekat sejam delay kat situ baru nak kasik duit. dengan hujan nye lagik non stop..sob sob. dugaan sungguh.

7. sampai melaka dah kol 6ptg++. gile lah kan. penat okes.penat dah melampau, kunun nak study, terbabas tido tak hengat dunia. kuikui.

dengan segala obstacle semalam, aku rase letih yang amat. T_T. tapi fun after everything even sedih sikit-sikit. =D