Khamis, 4 Ogos 2011

trip to medan - part 1

MEDAN - ni bukan kali pertama aku ke sana. tahun lepas aku dah pun jejak kan kaki ke sana bersama-sama group ALUMNI UTeM. so, kali ni, adalah kali ke2 aku kesana dan sekaligus menjadi orang yang bertanggungjawab menghandle all the program. dengar pun dh susah kan? aku bukan nye hebat sangat pun dalam manage hal2 macam ni. tapi nasib baik yang pergi semua budak2 outdoor. so, x la beban berat sangat utk aku.

6 orang je pun yang pergi berBUDGETkan wang RM160(tiket flight pergi dan balik+luggage) + rm250(makan+transpot+tmpat tinggal+airport tax)..pada aku..tu dah cukup murah. tapi mungkin korang bolei buat lebih murah barangkali.

18july2011

aku gerak dari mlk ke TBS kl dengan bas sekitar jam 7mlm. sampai terus aku mencekik sebab lapar yang amat. ape x nya, malam sebelum aku gerak, charger lappy aku buat hal. dah la aku nak print report. x ke menangis aku dibueknye?? sorang2 mmber aku call semata nak carik charger lappy. dah la lappy aku old skol kan, maka x ramai la yang same charger ngan aku. jam 3 pagi baru aku dapat charger n balik rumah setlekan kerja. maknenye..malam tu ku langsung x tido. mengantuk okeh! *kalau la dia ada..bolei die betolkan charger aku..wuwuwuwu*

kat tbs. semua pandang semacam jer kat kitorang.

ok.back to da story. akak aku dari putrajaya trus ke tbs naik ERL. then, from TBS, kitorang bergerak ke LCCT sekitar jam 11mlm. nak x nak terpakse la merempat kat LCCT disebabkan tiket flight jam 7.40 pagi tapi ada sorang member aku yang naik flight jam 8.30pg. LCCT ke airport polania medan mengambil masa dalam 45minit je. dokek yo. x jauh pon.

sedang merempatkan diri kat lcct..

19july2011

mampu naik takat air asia je.."everyone can fly"..

sampai je sana, aku paling senang lepas imigresen. hehe. yang lain semua ade je yang kene soal macam2. muka baik memang mcm nie.:D..then, kat sana kami terus breakfast sementara lagi sorang member aku sampai. ye la. masih awal pagikan. tips untuk carik makan kat sini adalah carik kedai makan yang ade tulis pekataan muslim. kalau x der tu, x halal la tu. :)

breakfast lontong sayur n teh botol (famous kot air nie. tapi ade sesetengah tekak x bolei masuk)

oleh kerana aku dah pernah sampai ke sini, so aku dah pun ada sorang member from UMSU (universiti muhammadiah sumatera utara) yang mewakili MAPALA(mahasiswa pecinta alam). MAPALA ni adalah satu badan untuk seluruh uni indonesia. dari airport, kitorang naik angkut menuju terus ke kaki gunung Sibayak untuk mencari rumah tumpangan.ni kes redah. x der booking2 pon.

perjalanan nak ke sana mengambil masa sekitar 2jam lebih. agak sakit bontot jugaklah naik angkut ni lama2. kalau jalan dia macam highway utara-selatan x pe gak. ni x. uh makk aiii.. lagik teruk dari dari jalan ke cameron highland. kalau mental calar, mau muntah gakla dalam angkut tu.


angkut yang mengangkut kitorang dari airport

rumah tumpangan : Purnama.s dan mandian air panas.

sampai je kat rumah tumpangan, terus check in(mcm hotel 5 star je ayat) and salin baju untuk mendaki gunung sibayak. sedikit info tentang gunung sibayak : salah satu antara gunung berapi yang berketinggian 7257 ft. dah lama gunung ni x meletus. sekitar puncak gunung ni masih ada sulfur (bau yg mampu buat orang2 macam aku muntah) dan air panas. hampir 3/4 perjalan ke puncak gunung sibayak berlantaikan jalan tar yang pacak x hengat! x sampai 5 minit jalan, berhenti. 5 minit jalan, behenti. deiii..bila mau sampai puncak daa...sumpah. kalau x kuat iman memang mencarut je la sepanjang trek.

bila semakin menghampiri puncak, walaupun pancaran matahari menegak atas kepala, terasa hembusan angin sejuk mencucuk tulang. pandangan mata pula dihiasi satu panorama yang indah. subhanallah cantik sungguh ciptaan Allah.

guy with white shirt : dialah student UMSU n MAPALA : dian

haaa!! sile lihat. mencanak kan??ni baru sikit...T_T..

eh eh..ade traveller ovc..=)

subhanallah. cantikkan ciptaan Allah..

sampai puncak dah ade beberapa group lain. x la ramai sangat..then, adalah sekelompok er..x tau la pendaki ke apa.tapi orang2 tempatan la kan. kitorang dah la kebulor. bukak makanan. dorang pandang jer.x bagik mcm x sedap plak. tp maggie pon bawak 3 bungkus jer. kitornag je dah 7 org..cm ne tu? nak x nak..bukak kacang bagik dorang. hamboi. dah sedap dapat makan kacang..kulit kau buang sepah2 yer?? aku lesing kau nanti baru tau.


bekas kawah gunung berapi

sulfur. barangkali hidung mamat2 ne tersumbat..hehe..busok okes

habis bergambar semua, sekitar jam 3.30ptg kami turun semula untuk pulang ke rumah tumpangan. nak turun ni pon satu hal. kalau dah jalan tar yang mencanak...x rase nak berlari sentiasa pulak kan???lepas tu penat kalah kan kene kejar dak anjing..tapi kan..sane anjing memang sepah2..malang la pada sapa2 yang bejalan sebelah aku. memang baju dorang asyik kene tarik je ngan aku sebab takut anjing..haha.. n seriously, kalau boleh guling, aku rase macam nak guling2 je sampai ke bawah..haih.. but..itu semua pengalaman mendaki gunung di tempat orang. :)

sampai kat rumah tumpangan, semua macam kene tembak. membongkang x hengat. kak jaja jer yg x tido. dok sibuk basuh baju sebab bau sulfur telampau. haha. aku? bau pon bau la..dah penat. baik aku tidur. agak nak maghrib baru aku sedar. haha. gile huduh perangainya. then, terus bersihkan diri n solat.

malam tu, kitorang masak. er..x masak sangat la. sebab mama aku dah siap masakkan ayam goreng cili dah dari malaysia. kene panaskan balik je pon. haha. ready made mehh..^_^ ..kitorang just masak nasi n sup sayur. masing2 makan macam pelarian somalia pon ada. kebulor barangkali..hahaha.


masak makan malam. gotong royong u

habis makan, continue aktiviti seterusnya. mandi air panas sulfur. rumah tumpangan kitorang ade sediakan kolam air panas. so, boleh lah kitorang legakan penat badan sikit. rumah tumpangan tu x la mahal mana. rp 250,000. er...duit indon yer..so paham2 la..:D. ada 2 bilik. ruang tamu. tmpat sidai baju n 2 biik air. cukup besar dah tu. oleh kerana aku dah pernah kesini, aku la yang menjadi mangsa malam tu untuk jadik photographr mereka. ces. nasib aku bayek..

oleh kerena penat siang tadi x habis lagi, semua pon x larat nak mandi lama2..apapun, air panas sini x sama dengan air panas kat malaysia.^_^. suhu sini pon sangatlah rendah! sejuk gile okes! lebih sejuk dari cameron highland!


mandi air panas sulfur. after mandi baju jadik SEMERBAK HARUM..oh maiiii..



bersambung....


4 ulasan:

Alintjelita Jolie, Her Majesty berkata...

BEST GILAK!

langkah kaki.. berkata...

hehe...agak best la..:D

Fatt berkata...

uols buat balik hari ke? gigih Y___Y

kinabalu biasa naik dah?

langkah kaki.. berkata...

kinabalu x pergi lagik sis..T_T.napa??sis mau ke sana yerp??

hak ah..balik hari..glurpp..x sanggup nak tido atas tu..sulfur die kuat..nak muntah la kot kan baunye.. n sejuk sangat2..=)