Rabu, 24 Ogos 2011

trip to medan - part 2

Sambungan part 1

20 july

Bangun di pagi nan indah, memang superb. Sejuk and nyaman je rase. ye la. Kat kaki gunung. Mau x rase gitu. Ok. Sarapan pagi kami sekadar mengisi perut kosong. Lepas je mandi terus kemas barang. Pagi tu gadis semua x mandi air panas. X mau! Nanti bau sulfur.

Jejaka2 yang busy mandi air panas. Settle semua, jam 9 kitorang dah menunggu angkut. Aku ingat angkut macam smalam. Rupanya x. dia bawak mobil peribadi. Ala..macam avanza tu. Tapi kan kitorang ade 7 orang. Dengan beg besar gabak masing2 lagik. Oh maiiii…memang macam sardine dalam kereta tu. Nasib baiklah x jauh.

7 beg besar gabak. masuk avanza. memang sardin

Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 4 jam untuk sampai ke danau toba dari perkampungan Gunung Sibayak. Jalan sana, macam biase memang thrill habis. Hadoi.

Setiba je kat jeti Parapat, Danau toba, kitorang terus bergerak ke feri yang dah tersedia menanti penumpang untuk ke pulau samosir. Aku suke feri ni sebab open air. Walaupun cahaya matahari tegak atas kepala, tapi, angin sejuk dari tasik yang terdalam ni memang masyuk! Syok amek2 gambar. Bukan senang dapat naik ni. Kat Malaysia x der feri cenggini okes. :P

Danau toba dari pandangan tempat tinggi

me n my sis..:)

samosir is actually a fish. ade lagenda dia.(macam kisah tanggang gak)

Dalam tengah syok pilih sit, tetiber ade ulat hotel (sesuker kau jer jijie bagik nama) datang kat aku and dian. Pada mulanya, aku dah bitau kat si dian nie, aku x nak hotel tu. Memangla murah. Tapi x tau condition sebenar. Lagi pulak, hotel sini x sama macam kat Malaysia. Cth : kalau bilik kat m’sia, die kate untuk 2 orang..tapi still boleh sumbat 4 ke 5 orang..kan??kan??betol x?? tapi sini..kalau die kate 2 orang..maka 2 atau max 3 orang je boleh satu bilik! si ulat bulu hotel tu still lagik paksa2.

Aku naik rimas.Finally dian yang layan. Ye la. Orang2 die jugakkan. Dian pun macam accept je. Aku malas nak betekak ngan orang tu. Aku amek satu bilik. Dalam gambar bilik itu sangat besar! Reality?? Hampesss!!! Wut the fish! Kicik! Sekangkang kera je. Memang aku nak hempuk kepala si ulat hotel tu!


ni lah feri tu a.k.a tuk tuk.

bajet model je masing2.

coincidence situation : dah macam pasangan couple. tapi x! semua pun dah ade pasangan masing2

cantikkan?? =)

budak ni sangat hebat berenang dalam tasek yang dalam tu. ni die datang kat ever feri n mintak penumpang baling duit dorang akan tangkap. kunun hebat. tengok2..baling syiling m'sia semua x dapat tangkap. haha. syiling kite berat wook. :D

Sampai je pulau samosir, aku dah rase semacam. Dah lah sakit hati dengan hotel tu. Siap warning. "Kalau tau masuk lebih muatan nak denda!" Cess.. n nasib baik la trip kali ni ade future lawyer (erna). So, die la yang banyak handel pasal hotel nei. Kitorang mintak duit balik even manager tu macam dah bengkek! Go to hell la kalau macam nei gaye korang treat guest! Finally, kami dapat balik duit kami rp120k daripada rp150k. haha! Berjaya!

Oleh kerana masalah tu, kitorang terpaksa la menapak carik hotel/rumah tumpangan lain. Aku masih mahu mencari hotel yang pernah aku pergi dulu. Bayar pun murah. Sekitar rp150 satu bilik. Tapi boleh masuk bape ramai. Lei wat bbq. Lei camp fire. Lei pasang fly/ground. Ok. Murah!

Sementara mencari hotel tu, yang lelain dah aku tinggalkan kat tempat makan. Sebab belum lunch. Agak lewat sebenarnya. Aku, erna n dian, pergi riki carik hotel lama tu. Jauh x jauh sangat la aku menapak. Jumpe hotel tu. (rodeo accomodation) after cakap2, bagi tahu owner tu kitorang pernah ke tempat ni tahun lepas tapi dengan group lain, die terus bagik diskaun! Kelas u jah! Hahaha. Dari rp150k die bagik rp80k! sangat jauh beza! Aku tersenyum puas! Lepas deal terus pergi semula kat tempat makan tadi. Sebab aku sendiri dah kubuloq tahap gaban! Dah la kebuloq. Kaki penat bejalan. Jalan bebukit bukau. Oh maiii..menduga iman aku sungguh!

Habis makan. Masuk bilik. 1 bilik sumbat 7 orang. Memang terbaek! Well, semua pon budak outdoor, dah biase tidur merempat. J then, terus tukar baju untuk terjun dalam tasek danau toba. Oh? Anda terperanjat? Itu sangat best! Air die sangat sejuk n banyak ikan yang fames kat m’sia tu..dorang panggil fish spa tu..=P.. peringatan : jangan bermimpi nak mandi tasek sampai jam 6 lebih..try tengok gigil x gigil lutut korang dok dlm tasek tu…sejok woooooooooooo…

Kat tasek aku mandi dah siap syampu, gosok gigi, sabun badan , cuci muka. All in. lengkap. X yah nak mandi dlm bilik air. Jangan kate aku pemalas. Sebab air dlm bilik air tu pon datang nye dari tasek. X ke sama je kekdah nye??kan? After solat, siap2 terus jalan-jalan gune kaki. Hak hak. Kunun nak carik jagung...nak bakar. Skali x der. Masing2 muke bukan main mengharap lagik. Keke. Kat pulau ni, malam2 kalau jalan banyak kedai dah tutup..ade la..3 4 bijik yang still bukak. Jual pashmina, kain batik..cm tu la.

Balik hotel, terus bentang ground kat kawasan lapang. Buat camp fire. Sambil masak2. Menu : bihun soto : chef : aku n abg farid : nasib baik sedap n alhamdulillah tiada sesiapa yang masuk toilet kerana cirit birit.

soto sedap

Time tengah makan, hotel nie secara x langsung di penuhi orang2 yang baru daftar masuk dan mereka seolah olah teruja melihat kitorng duduk kat situ sambil makan n bercamp fire. Bukan main lagik dorang. Amek kosi dok depan bilik..kekeke.. agak2 la bro nak mengadap pong..kami segan..haha.


berlepakking di atas ground memang syok.

Fire camp. =)

Ok finally, time to sleep. Semua pon x larat dah. Masuk bilik macam sardine. Superb…ZZZzzzzZZZzzz


bersambung

6 ulasan:

Muniey berkata...

bestnyaaaaaaaaa. jelesss

langkah kaki.. berkata...

harus jeles..:D

fatt berkata...

mksdnya hotel yg first tu rege rp270k?? peh mahal gilos..

tp selamba badak korang buat unggun depan tu..mmg boleh eh? dorg provide kayu api ke camne?

langkah kaki.. berkata...

wah! sis fatt..=)..thanks menjenguk..sogan jap.:D

x..yg first tu..rp150k..after bsing2..dpt balik rp120k..means 30k burn..but its ok.:D.

haha..mintak permissn dulu..x provide..pi carik sndri..:D.. habis semak2 semua diredah utk carik kayu api..:D..

Lily Riani berkata...

ada campaing yek.... diarang kata pulau tuh ala2 koboq... betul ke?

langkah kaki.. berkata...

x la.. pulau tu menarik...:).. seriously.. n ade perkampungan tomok..kat situ boleh shopping sakan..=).. mostly..foreigner suke lepak pulau tu