Rabu, 27 April 2011

untuk mereka yang bergelar lelaki.

muka ganas, perilaku x ubah seperti lelaki.
itulah aku.

tapi hati aku?
selembut tisu.
setitik air menitis.
cukup untuk menjahanamkan ia.

**********

orang selalu kata :

selasak seorang wanita
masih ade kelembutan yang tersembunyi.

seberani seorang wanita
masih ade ketakutan yang tidak disedari.

secantik seorang wanita
masih ade kehodohan yang disembunyi.

sekental mana hati seorang wanita
masih ade rase sakit hati

sehodoh mana seorang wanita
masih ade kecantikan yang tidak disedari

************************

wahai kaum lelaki.
hargailah wanita di luar sana. jgn impikan sesutu yg diluar kemampuan mereka. mereka selalu ingin menjadi yg terbaik buat anda. mungkin mereka bkn gadis idaman anda tp itulah namanya jodoh. jangan lah sikiti hati mereka. kerana hati mereka semua sama. selembut tisu. mungkin ada yg geleng kepala tanda x setuju. tp tulah hakikatnya. :)



Khamis, 21 April 2011

penat lelah yang terbalas.. =)



menghembus nafas kelegaan. alhamdulillah. =).. finally terbalas jugak penat lelah aku n Amal (team mate aku) dalam siapkan projek. pada awal nya banyak jugak la aku merungut kat amal sebab kami bekerja 2 org je yang sepatutnye ade 3 org. tp tulah. ada hikmah seorang team mate aku behenti study. dalam aku mengeluh n marah, amal banyak sabar kan aku. seorang team mate yg penyabar. :). terima kasih ya Allah.

di atas kesabaran dia jugaklah, aku turut sama menjadi seorang yg penyabar akhirnya dan sama2 menyiapkan projek nie. finally we succeed to do it. berjaya mendapat projek terbaik bagi jabatan proses pembuatan. syukur sangat2. :).

thanks a lot jugak kepada pemberi idea nie. tanpa idea die, mungkin kami pon x berjaya nak realisasikan. mohd faridzi jamil abdul nazir. thanks a lot sebab menyumbangkan idea ni untuk saye n da group. :). love u so much..=)

sesuatu yang buat aku cuak. time kami di evaluate oleh panel terakhir which was IR SIVARAO. sapa x kenal die? huh. mengucap panjang aku bile dapat tau die panel terakhir aku. dalam hati "oh man!! mati aku ngan amal nie..napa mesti dia???" kekeke. takut gila la kan. projek kami entah apa2 je la kan. kene plak lecturer yg paling banyak experience dalam project design n development. huuuu.. gugup kami dibuat nye..between. die x marah
pun kami. cume die kelihatan berminat dengan projek kami. :)..thank u sir for ur kindness. ^_^



muka masam akibat semua org amik gmbr kami asyik gegar jerk. T_T


ha. baru nak senyum lebar. :D + tu la amal team mate aku

ok. ni la hasilnya. alhamdulillah. :)

Khamis, 14 April 2011

lemah nya aku...

lepas satu dugaan..satu dugaan yang harus aku lalui.
Ya Allah. kau berilah aku kekuatan.
aku hanya insan biasa.
tidak mampu untuk menolak takdir yang telah Engkau tetapkan.
aku hanya mampu merancang.
tetapi Kau Maha mengetahui.

hari ke hari, diri aku semakin lemah.
aku tenggelam dalam emosi ciptaan aku.
bukan sengaja aku cipta.
tapi, itu adalah pengganti kepada kesakitan yang aku lalui.

Khamis, 7 April 2011

bahagia.=D


bukan main bahagia lagi tajuk entri aku.
semakin hujung sem semakin tinggi tekanan yang aku rasa. 2 minggu terakhir sebelum final exam memang sangat menyesakkan otak aku. para lecturer semakin suka nak bagi assignment dikala saat-saat getir untuk student2 spesis macam aku. macam x panjang plak list dlm lappy aku. nak bermuka buku pun terbantut bila tengok senarai menunggu bukan main panjang. tapi, kalau dah nafsu tu besar, senarai kerja tu umpama makanan yang enak je aku tengok. ^_^. dalam hati tuhan je tahu.haih



panjang kan???senarai order pun x panjang macam ni.T_T. ada sapa2 yang sudi membantu?? ^_^

p/s : esah dok sibuk study heat, aku dok sibuk ngan laman sesawang.haih


Selasa, 5 April 2011

kebahagiaan milik awak.

dah 3 tahun pun kisah awak dan saya berakhir.
alhamdulillah. kita tetap berkawan.
selama setahun saya dengan awak.
banyak yang saya belajar.
banyak juga yang saya faham tentang awak.
awak seorang yang sangat baik.
seorang yang penyabar.
cuma, Allah itu lebih berkuasa.
kisah kita setakat tu saja.

Alhamdulillah. sekarang, awak dah pun bertunang.
syukur sangat2 n lega saya rasa bila tau awak nak bertunang.
at least saya tau hati awak telah terisi.
kalau x, perasaan bersalah saya sentiasa ada.

to awak:
jagalah si dia.
saya kenal dia jugak. die beganda lagi baik dari saya.
pasal kisah kita, dah lama berlalu.
awak padam la kisah kita tu ya. moga tiada hati yang terluka.
awak seorang yang berhati mulia.
saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak dan dia. =)
amin.