Ahad, 26 September 2010

jiran kuat merapu!

haih.adat berjiran. ada yang OK. ada yg K.O. bukan niat hati nak mengutuk apatah lagik mengata. tapik, kerana sakit hati, ini lah padahnya. wah.macam pantun plak. :P

hidup berjiran dah berbelas tahun. bukan nya baru setahun dua. tapik, baru skarang la kau nak kata tu x boleh. ni x boleh. ape kes? selama nie, semua orang hormat kau. ye la.kau kan tua. semua orang kesian kat kau. simpati kat kau. sebab kau x der anak. sebab kau kene jaga mak bapak yang sakit tenat. tapik, da kau nampak benda tu? aku x der niat nak mengungkit pun

entah sejak bile, parking belakang rumah yang ciput tu boleh jadik sengketa antara kau dengan yang lain. eh?apa kau ingat. jalan blakang tu, kau yang punye??suka suka hati kau nak halau orang parking situ? ha?? dah la tu, kau pegi kutip semua sampah tepi umah kau, kau pergi longgok kat rumah org lain.. eh kau nie..tebiat nak mampos ke ha??pastu plak...kau boleh buat onar ngan mama aku??adahati plak tu nak laga lagakan orang2 kat sini. hak tuih la weh.

WEI!! kalau ye pon kau tension, janganlah libatkan org lain!! damn gile org mcm nie! kau x dapat nak robohkan pondok depan rumah kau, kau wat cam ni plak eh??buat onar kat semua orang taman???kau ingat kitorang suka???

aku pon x tau nak kate kau ni manusia jenis apa. muka santek. tapik otak x der. santek ke kau???keh keh.. sedarlah diri weh..umo kau dh lanjut. rumah kate pergi, kubur kata mari. buat lah baik ngan jiran2. nanti mati senang. ada orang dtg ziarah. kau dah la x der anak. kau x pikir ker? ni kau buat onar. kau nak ke mati sensoang dlm rumah?haish..nasib baiklah kau buat onar ngan mama aku time aku x der umah. kalau x, mmg aku libas muke kau!.

Khamis, 23 September 2010

T.A.M.A.T

kisah kau dan aku dah pon tamat. bkn aku sorang yang tamatkan. tapik kite sama-sama tamatkan kisah yang kite pernah mulakan. terima kasih.
aku harap kau buang semua cd kisah kita. kau buat lah kisah yang baru. kisah yang lebih dramatik. yang lebih menarik.dan mungkin lebih bahagia.
aku juga akan mulakan kisah yang baru. dengan jalan cerita yang baru. aku harap, aku juga mampu buat kisah yg lebih bahagia.

-T.A.M.A.T-

Rabu, 22 September 2010

sahabat sampai mati...

korang..terlebih dulu aku mintak maaf sbb publish diri korang kat blog aku..nge~~..jNGn marah.

ok.bukak cerita pasal sahabt. x semua orang ada sahabat yang betol2 memahami diri mereka. syukur alhamdulillah.aku dipertemukan dengan 7 orang gadis nie ketika aku di tingkatan satu. wah.lama jugak yerk kita da berkawan. pejam celik pejam celik. skang dah masok 8 tahun kita berkawan.satu jangka masa yg lama.

kelas - tingkatan 1 muzik. keh keh. klakar la nama kelas. tapik bukan belajar muzik pon. sampai la tingkatan 3. kite semua tetap rapat.walau ada yg masok kelas lain. habis pmr. aku pindah sbp. korang semua stay lagik kat sekolah lama. tapik..korang sikit x pernah lupa aku.mekaseh sayang2 ku.:).

tiap kali raya, 8 rumah kite kena pergi lawat.haha.perot bukan main senak. rasa nak meletop. tapik tahun nie, kita beraya tanpa 2 gadis. sbb korang 2 dah ke aussie n n.z..tapik kitorang tetap lawat umah korang.:).

ok. let me introduce sorang-sorang sahabat aku.

nama - nur azrin @ nit..aku sendiri x tau mana datang nama nit tu.:D
status - berpunya.
student - uitm - farmasi..hebat..:P..nak ubat kitorang mintak kau je azrin.:P

azrin nie kecik je orang nya. tapik bab buat lawak, bagik kat dia. x kering gusi kitorang. nak nak kalo menyakat si awin. haish. kejam sungguh. die nie, penyimpan orangnya. suke simpan rahsia sorang2. perangai cam budak2 tapik matured yg betolnya.:P

nama - sharifah amirah @ shepa @ she'am
status - single and available
student - upm - pendidikan pertanian. - nanti anak2 kitorang boleh belajar ngan shepa.:P

dalam ramai-ramai nie, shepa la yg paling sopan + ayu orangnya. suara pon lemah lembut. orangnya pon santek. tapik, sekali die pekena orang, mmg x lei blah. haish. mana blaja nie shepa??:P..dlm lemah lembut die ni, die sangat hebat. sbb wakil silat utk uni die.perh.tercabar gue.

nama - nur hidayah @ dayah
status - single but its complicated. keh keh
student - ukm - geologi - dah tahun akhir..pas nie leh blanje kitorang makan.:D
f1 pernah masok mrsm. tapik die lari keluar. f4 penah masok sbp pon dia larik kuar. seb baik masok ukm x larik kuar.:D..die sgt suke speaking. sbb tu english die mantap. x mcam aku.hampeh. die ni pon gile2 orgnya. die suke share prob die and ketidak puasan hati die. sometimes klakar. sometimes rasa seronok dgr. :D..die nie katif ngan klab geologi die. slalu la travel serata malaysia.:)

nama - azwin @ awin
status - single and available.
student - utm -civil engineering

darik sekolah sampai la dah masok uni...die sangat suke dengan muzik. dulu budak pancaragam.sekarang budak okestra. hebat sungguh. aku baca note muzik pon x tau.:D..die ni pon sikit beh kurang mcm aku. suke daki gunung. bile bejmpe..habis cite gunung sume keluar. last2 dok kene perli ngan yg lain..haish..tapikkan..awin nie kelam kabut org nye..tu yg buat kitoang suke gelk kat die.jgn mara ye awin..:P

nama - sarina @ ina
status - berpunya
student - upm - architecture...aku kagum tgk hasil kerja die..wow

actually..dulu, aku x la rapat sangat ngan dia. sebab die pendiam. makin lama, kami makin ok. die ni pon sempoi. jenis layann jer. x kesah ajak ke mana. :). selalunya, kalo nak kemana, x kereta aku, kereta die la yg jadik mangsa..hehe.

nama - nur amirah @ mira
status - single but its complicated
student - uni kat australia - TESL..mira..sowi..ur uni's name pelik.i forgot ready.:P

mira. aku rindu sngt kat kau. slalu..kalau x keluar berlapan..aku mesti kuar ngan die. die byk share story ngan aku. die ni pon kadang-kadang kelam kabut gak.:P. bab gelak bagik kat die. hahaha.:P.

nama - farah qistina @ qis
status - single and available
student - victoria uni of wellington , new zealand - TESL

sume orang suka usik qis. sbb suara die sangat halus. sian qis..aku je x suke kacau..keh keh..:P.die ni pon kuat bercakap. kalo dengar dier bergado ngan kitorang, x jadik nak marah. terus gelak adalah.:P...die ni, time sekolah, sangat low profile. ops..one more thing. die suke wat molot moncong..ngeeee...:D

inilah sahabt aku yg x kan aku lupe sampai bile2..:)..susah senang kite dah rasa bersama. tolak kereta sbb enjin x leh start. duit x der. ..:P..banyak lagik.:P

Sabtu, 18 September 2010

jemputan ke rumah Allah

bukan semua manusia itu berpeluang utk menjadi tetamu rumah Allah. syukur alhamdulillah..pertengahan bulan mei hari tu, aku dan keluarga telah pon kesana. 14 hari masa kami disana. 4 hari di madinah.dan hari selebihnya di mekah bagi menunaikan umrah.

ketika aku melawat makam nabi yang terletak di dalm masjid nabawi, byk peristwa yang x kan aku lupa. apakan tidak. terlalu wangi sejadah disitu yang mana kawasan itu turut dikanali sebagai taman syurga. berpusu-pusu org melakukan solat sunat termasuklah aku. aku ingin kan keberkatan. air mata aku begitu mudah utk jatuh. sesungguhnya aku insan yg kecil yg hina.

gembira?tentu aku gembira. tapi, hati aku hiba.sesal.takut.gerun.nervous.suma pon ada setibanya aku di masjidil haram. aku hanya manusia biasa. banyak dosa yg aku dah lakukan. aku pernah dengar org bercerita pasal ada jemaah yg kesana ditutup jalan keluar..x nampak kaabah..aku sendiri pon dah tebaca beberapa artikel mengenai itu. aku takut perkara2 itu akan terkena kepada ku. sepanjang aku menuju ke kaabah, aku perbykkan selawat n istighfar. aku nak lihat keindahan kaabah. syukur alhamdulillah. aku dapat melihat kaabah. Allah permudahkan jalan kepada ku. air mata aku gugur melihat kaabah tersergam indah dan begitu besar sekali.

terlalu byk yg aku fikir ketika di sana. alangkah indahnya umrah ku andai arwah ayah aku ada sama. pasti aku tidak sesedih hari ini.

ketika di sana juga, aku x lepas dari demam. manakan tidak. cuaca di sana panas dan kering. hampi 3 hari aku tidak turun ke masjid. hanya mampu utk duduk dalam bilik berseorangan sedang orang lain berlumba mencari keredhaan Allah. mungkin Allah ingin menduga aku.

makanan disana agak mahal living cost pon tinggi. tetapi, makanannya enak2 belaka. disana jugaklah aku belajar minum air zam-zam yg selama ni aku x suke.tapi ketika di sana, itulah air yang paling nikmat pada aku. selian tu, buah kurma. itulah kali pertama aku makan buah kurma dan pada aku ia sangat sedp. selama ni, aku x berapa nak makan buah kurma.

sesungguhnya, pengalaman menjadi tetamu di rumah Allah itu sangatlah berharga dan aku berharap untuk kesana lagik suatu masa nanti..amin