Selasa, 6 September 2011

trip to medan - part 3

Sambungan part 2

21.july

"Bangun pagi. Gosok gigi. Cuci muka. Pakai baju"..ops. x mandi?

ok.tu utk mereka yang x mandi pagi. Aku? op cos mandi. Menggegel gegel badan aku mandi air sojuk. Huh. Tapi segar x hengat. Packing barang2 semua. Terus naik angkut bergerak ke perkampungan tomok.

ni la rumah tumpangan yang siap lei wat campfire tu. kecik jer.


rodeo accomodation

bontot sape paling kelas?? haha. gile kau jijie. beg oren setia disisi. ^_^

Sesampai je kat kawasan tomok nei, aku terus carik jeti. Bkn apa, kat sana lei la letak beg yang sarat barat nei. Nak sopping kan. X kan la nak hangkut beg besar2. Gimas weh.

Perkampungan tomok (bukan kg tomok oiam ok!) adalah sebuah tempat untuk membeli belah dan terdapatnya beberapa kawasan sejarah sepanjang perkampungan tomok ni. Antaranya adalah : kawasan yang adanya tarian sigale-gale (tarian orang batak) , muzium batak, dan kawasan kubur pahlawan mereka. Kalau nak pergi semua tempat tu + shopping, korang kene spend time around 2 hours at least.

Shopping kat sini memang best untuk kaun wanita terutamanya. Ye la. Banyak blouse yang cantik2 n murah2. Besides, sini jugak tempat carik souvenir yang terbaik. Datang pagi2 buta. Semua peniaga nak pecah telur. Sanggup bagik harga paling murah weh. :D. kalau datang dah tengah hari, kirim salam la nak dapat murah. Kat sini pon banyak kain untuk baju ela. Baju sulam. Murah n cantek.

sakan kau shopping..

ni la patung sigale-gale.

lompat! itu memang aktivit kegemaran

muzium batak

anak-anak kecil yang gembira dan kelihatan lapar apabila diberikan makanan.

Dalam aku busy ukur jalan sambil tengok2 kedai, tetibe aku kene tarik ngan sorang makcik indon :

MC : dek. Mari dek. Beli baju dek. Sehelai pun cukup dek.

A : HEK??? *muke tekejut*


Makcik tu macam selamber badak je tarik tangan aku masuk kedai die. Dah la pegang kuat2. Kang aku meronta cakap aku kuang ajaq. Haih. Ni lagik kuaq ajaq. Main tarikk jer. Erna n daus hanya mampu pandang. Mungkin dorang pun tekejut. T_T

Mc : tolong la dek. Beli satu dek. Mak cik ade anak dek. Mau sara anak dek. Tolong la dek

A : ha???*sambil padang sekeliling kedai.dlm ati dok piker apa aku nak buat n beli kat kedai mak cik nei?? Semua yang die jual baju2 kurung. Mampus aku.*


Mak cik tu keep on merayu n merayu sambil pegang tangan aku. Aku pandang erna n daus. Menghaapkan simpati. Tapik hampeh. Dorang mcm tekejut yang x sudah. Sakit ok tangan aku mak cik ni pegang.

A : makcik, saye pun student makcik. Mana la ade duit nak bli. Datang sini pun duit sikit je.

Mc : kamu orang Malaysia. Pasti banyak duit. Kalau x, masakan kamu boleh sampai kesini?

A : glupp..herm.. x pe la makcik. Saye memang x der duit nak tolong. Kalau baju2 ni semua dlm rp10k ke..mampu lah saye mak cik. Ni mahe2.. mana nak mampu. Maap ye makcik

Dengan rakusnya aku rentap tangan aku. Dah panas ati mungkin. Mana boleh buat pelancong macam tu. Haih. Aku sedih gak ngan ayat mak cik tu. Tapi, apakan daya, aku sndri x der duit. N aku x suke cara dia nak soh pelancong beli..geleng kepala aku dibuek nye.

Lepas incident tu, aku jadik cuak kejap. Budak 2 ekor tu pon sama. Siap spechlss. Ces.. Habis kat kg tomok, kitorng trus amek feri untuk ke parapat semula. Then, trus book mobil persendirian untuk pulang ke medan. Oleh kerana book last minit, maka transpot datag lambat la. Aku siap tetido tido kat situ. Buhsan punye pasal. Sementara menunggu, sempat la kitorang bejalan sikek kat area parapat tu. Tu pon sebab nak gi carik kedai makan.


atas tuk-tuk(feri) on da way ke parapat semula. panas tapi angin dia sejuk.

Sekitar jam 3 lebih baru transpot sampai untuk amek kami. Mobil persendirian ni, dibayar memang untuk sampai ke medan tapi die akan singgah di beberapa tempat sepnjang perjalanan menuju ke medan. 1st place yang kami singgah adalah kawasan Simarjarunjung. Singgah sini kejap je semata untuk bergambar.

Simarjarunjung – adalah sebuah tempat di kawasan bukit yang mempunyai suhu yang enak dan nyaman. Tempat ni x der paper sangat. Tapi view untuk amek gambar memang cantek. oh. kat sini ada jugak restorant. boleh la singgah2 makan.


cuaca x bape nak elok. jerebu. lihat background. x nampak sangat.

2nd place yang kitorang singgah adalah istana batak. Istana batak ni actually senibina die cantik. Tapi sayang, sebab tidak terbela. Ade penjaga. Tapi, aku x pasti apa yang dia bela. Ish ish ish. Kat sini, ada beberapa cerita yang aku suke untuk dengar. First sekali pasal, raja kaum ni, dulu2, banyak simpan gundik. Gundik die ada rumah khas which is sebelah istana. Secondly, pasal kaum ni makan orang. Itu memang horror. Tapi, dorang makan bukak sebab suke2. Aku diberitahu yang dorang ni dimakan sebab melakukan kesalahan esar. Sebelum dimakan, dorang dikurung dalam terowong bawah tanah. Ada kat istana tu. Aku x brani la nak pergi dekat. Tengok pon seram. Huhu.

tugu pemerintahan purba.

ni la rumah gundik raja batak

nama aku dan rakan2 yang lain yang datang ke sini pada 2010 yang lalu masih ada.

motif : lompatan siapa paling smart?? ^_^

Finally, dekat jam 5 lebih kitorang sampai kat air terjun sipiso-piso. Perh! Memang superb! Subhanallah. Nak turun ke air terjun tu pon memang superb. T_T. loteh kaki den. Konon aku x nak turun. Sebab tahuun lepas pergi, aku dah turun. Tapi, after diracun oleh mereka2 yang x bertanggungjawab, aku secare pakse rela sampai jugak kat bawah tu. Grrrr..dh kol 6. And keadaan sangat sejuk. Dengan percikan air die. Ohmai.

perjalanan menuju ke kawasan air terjun.

sila jeles. padahal time nei dah menggegel kesejukan.

masing2 dah basah kuyup. x yah mandi. just kene percikan air die dah cukup.

Habis bergambar, start tekedek kedek panjat tangga nak naik atas. Sumpah x larat. Dalam hati nyesal aku turun. Tapi, tapi, si dian kate aku laju bebanding tahun lepas. Hahaha. Hidung kembang sudah. Tapi, ye la. Tahun lepas aku gi medan dalam kesihatan yang tidak normal. Aku kene chikn pox. Seb baik x naik kat muke. Maka, demam panas la aku time kat medan. Tahun nie, aku sehat. Kesihatan sehat. Badan pon SEHAT. eHerm eherm. ^_^ tu pasal laju. :P

Sampai kat atas dah kol 8. Dari situ nak ke medan, adalah dekat 3 4 jam perjalanan sepatutnye. Nak x nak aku tepakse beli mee bungkus. Makan dalam kereta. 4 bungkus mee. Habis dimakan 7 org. dalam kereta. Semua sebab kebuloq. Bajet sampai medan dalam kol 12. Tapi, on da way tu, ade lori besar gabak tebalik tengah jalan.

Memula aku ingat jam sikit. Rupenye panjang gile. Sikit..sikit..sikit..aku semakin hangin satu badan. First time aku rase mental macam nei. Sorang sorang tanye aku itu ini. Semua aku jawab nak x nak. Herm. Herm. Entah. Entah .geleng kepale. Tu je la yg mampu aku buat. Badan dah sakit2 dok dalam mpv tu. Nak tido pale pon sakit. Siap aku keluar tido kat pondok depan rumah orang. Memang aku mental gile time tu. Tu kes aku. Kes akak aku? Habis abg farid asyik kene marah. Keh keh. Tu lagik kejam. Bayangkan stuck dalam jam 4 jam x gerak! Hotak die.

sangat panajng..T_T

Nak jadik cerita, malam tu memang sedikit malang la untuk kami. Dah la stuck in jam, pastu hotel plak x book. T_T. bagai nak rak pukul 4 pagi mencarik hotel. Seb baik ade hotel alam indah. Murah pon murah. N thanks to da driver sebab bantu kami jugak. Cek in je hotel, semua terbongkang x hengat dunia. T_T.


budak baju merah muke dah macam &^%)

ok. ni memang dah mental habis..T_T


bersambung

p/s : internet gile. maka, semua pic x berborder. n lambat up entri sebab susah nak up gambar.T_T

2 ulasan:

Fatt berkata...

melampau btol mkcik tu...patutnya jie jwb gini, "sy punye tiket kapal terbang pun murah, klu tak jgn hrp sy nak smpai dtg tempat mkcik ni!"

mesti dia sentap pastu..hehehe..tp biasala dik, mmg org2 sana cam gitu. kdg2 akak wat pekak jek..klu lwn ckp nanti pjg cerita. selalu klu akak nampak dia dah lambai or blocking akak dodge je..mmg dia terkejut la tp tpksa, klu tak jadi camni la

langkah kaki.. berkata...

wah..laju betol sis.baru bape minit publish..sogan saye. dah lama tersorok dlm draft..

tu la kan..nak wat lagu mana..die darik arah blakang..x perasan pon...tetiber trus tarik tgn.. T_T. mmber2 pon dah spechls.. terpkase mengcool kan diri sndri. dlm hati..tuhan je yag tau.