Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan

Isnin, 13 Februari 2012

hasil first timer...

this was my first time using aqualomo. used film 26 sebab takut x menjadi.. alhamdulillah. half dari shoot jadik.. =) tp seriously, mmg x boleh bagi abang aku snap kan gambar dalam air. masuk je air, mata die kero. siann muke aku. T_T ..
so, all this shoot amek kat pantai port dickson time raya cina haritu. x lah cantik mana. tapi, aku suke dengan hasil kamera aqualomo nie. ni semua RAW picture without any editing. harap maklum. so, jum layan....
*
*
*
*
*
*
bajet selena gomez! ohmaii.... =_='

my bro. ces. wa mencik! gambar wa macam haremmm! T_T
taken by : langkah kaki
camera : aqualomo
film : fujiflm 26. iso 200

Jumaat, 30 September 2011

atok buat aku compius.

tengah khusyuk tengok berita tv3. suddenly atok aku tegur aku. untuk makluman, atok aku dah setahun duduk dengan family aku sejak nenek aku x sehat.

A : laki kau x balik?
G : ha? *muke compius*
A : oh. dier kerja eh?

dalam hati dok pikir, sejak bile aku kawen plak ni?? T_T

G : laki sapa tok? *cakap kene kuat. atok kurang pendengaran*
A : laki kau ler. mana? x balik? die kerja?
G : erk??atok. orang belom kawen la..

atok muke dah sengih2. aku compius dengan atok aku. er....


Jumaat, 25 Disember 2009

syukur alhamdulillah...

semalam, secara rasminye aku telah mengetahui pointer aku pada sem lepas melalui portel rasmi univercity aku. syukur alhamdulillah kerana pointer aku agak meningkat. walaupun bukan dean list, tp aku rasa nak nangis bila tengok result aku. nangis gembira. result tu diluar jangkaan aku.

sebelum dapat result lagik, awal-awal dah ku beritahu pada mama aku jikalau result sem ini terok. terlebih dulu aku mohon maaf pada mama. bayangkan carry mark aku hanya separuh sahaja n ada dua subjek yg carry mark aku teruk..berbekalkan carry mark yg teruk tu, manalah nak dapat pointer yang bagus. tp kata mamaku, "x pe adik. adik dah buat yg terbaik. n insyaAllah, mama doakan keputusan anak mama."

sangat terharu aku dengan kata-kata mama. mama sangat memahami anak-anaknya terutama dalam pembelajran. mama tidak akan marah jika kami gagal. tetapi mama akan bagi nasihat yg akan buatkan hati kami adik beradik rasa untuk terus maju ke hadapan. sesungguhnya beliau lah mama terhebat di muka bumi ini. dulu, berkaitan pelajaran aku lebih suka untuk berkongsi dengan ayah.tapi tu dulu. sebelum ayah pergi. sekarang, mamalah tempat aku khabarkan segalanya tentang pelajaran. susahnya subjek tu, garangnya lecturer tu, baiknya lecturer tu.suma pada mama.

isnin nanti, bermulalah sem terakhir aku bergelar seorang pelajar diploma. sebab tu aku sangat risau dengan pointer sem lepas. aku ada target yang perlu dicapai untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree. dengan keputusan semalam, aku harap aku berjaya menyambung pengajian aku ke peringkat degree.

aku harap, sem terakhir ni tidak mengecewakan aku. :).aku mahu yang terbaik buat diri aku n keluarga. aku nak mama aku happy. aku x nak mama aku rasa sedih, aku x nak tgk mama aku susah.

Jumaat, 4 September 2009

al-fatihah...

4/9/56 - seorang kanak-kanak lelaki dilahirkan. diberi nama darwis bin sidi. beliau dibesarkan di sg rambai melaka dalam sebuah keluarga yg kekurangan. tidak menamatkan pelajarn di peringkt univct kerana kesempitan wang.beliau kemudiannye bekerja dan mngutamakan keluarganya.

4/11/1982 - beliau telah berkahwin dengan seorang gadis bernama puteh bt othman.

5/10/1983 - mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama mohd firdaus bin darwis.

29/8/1986 - mereka sekali lagi dikurniakan cahaya mata perempuan yng diberi nama nor faaizah bt darwis.
tiga tahun kemudian

20/8/1989 - sekali lagi mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberi nama nor fazielah bt darwis. mereka hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia.

tettapi ajal maut ditangan TUHAN.


18/8/2006 - darwis bin sidi telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di hospital pantai ayerkeroh. (al-fatihah).

18/8/2009 - 3 tahun arwah pergi meninggalkan dunia fana dan family tercinta

dan hari ini

4/9/2009 - spatutnya arwah meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-53 thn.

darwis bin sidi - my lovely late father
puteh binti othman - my beloved mama
mohd firdaus bin darwis - my big brother
nor faaizah bt darwis - my big sister