Khamis, 1 Julai 2010

tipah tertipu!

rutin harian aku sejak tamat diploma hujung bulan 4 haritu adalah jadik assistnt mama aku jage budak-budak. aku kan penyayang yang amat.:D. tapik, arini rutin jadik berat. sebab sumayyah yakni anak abang aku yang baru berusia 4 bulan demam..so, aku kat rumah pon kelam kabut lah. dengan dia punye melalak lagik..uh makk aii...nyaring kot suara dak kenit nie.

die kalau nak tidur, semua orang kene senyap. x boleh bunyi sikit pon. ces. macam anak raja. nasib baik cek jie ni penyabar orang nye..hak hak..dalam aku tidurkan dia, dodoi dodoikan dia, tetiba aku dengar bunyi baby nangis. mana datang pulak ni? rupanya, anak jagaan mama aku yang baru 2 tahun bawak patung barbie yang boleh nangis nangis. ces

punya berusaha aku carik butang on off dia. haram. x jumpa.ces. mana plak natang jadah ni nak off. siap lah aku bogelkan die. sikit pon x jumpa. bila aku tanya budak ni, dia kata x da butang. eh??biar betul???dah tu??macam mana natang ni nak senyap?dia geleng kepala. arh sudah..sumayyah pulak dah lalak lalak.tekanan aku.

aku tetap berusaha nak bagi barbie tu senyap dari nangis. tiba-tiba aku nampak budak kecik tu pegang batang macam batang lolipop. aku tanya la, "tu apa dik?". dia kata tu puting.oh.aku pon try la masukkan puting tu dalam mulut barbie yang melalak tu. tetiba suasana jadik senyap sunyi sepi!

DAMN!aku kene tipu ngan mainan kanak-kanak! akak ipar aku dah gelak guling-guling. budak kecik tu??tersengeh sengeh pandang aku.ces. memang suruh aku mencarut panjang panjang. astaghfirullahalazim.

Selasa, 8 Jun 2010

you, maripossa and me

maripossa.
u are meant a lot to me. u know who u r. i really miss u.dulu, aku selalu suruh kau bersabar n jadi kuat. kuat untuk terima takdir kau dan dia. yep. kau berjaya. kemudian, kau kenal dengan budak baik. tapi dia baik sangat. suka gila aku tengok dia. sebab dia layan kau romantik sangat. take care gila kot. tapi satu perkara. korang x sesuai. sebab dedua pon pemalu n pendiam. :D

kemudian, kau kenal si gila. again, aku seronok tengok kau. pada aku, kalau kau gembira, aku akan turut sama gembira. hari-hari aku tengok kau asyik senyum sorang sorang.gelak sorang sorang. first date kau dengan si gila, aku yang teman. time tu, zul pon ade sekali teman aku. kita gi tengok wayang. first-first aku tengok si gila, aku dah x tahan nak gelak. bukan sebab apa. tapi sbb aku x tahan tengok die kusut yang amat.kalau la aku ade sikat rambut time tu..confirm aku dah bagi kat dia suruh die sikat rambut tu.:D.

lpas je darik tu, bila muncul je waktu malam, aku tengok kau hilang. kengkadang siang-siang hari pon hilang.pelik. setahu aku kau bukan kaki jalan except dengan aku.:D. rupa-rupanya, kau pergi bercanda dengan si gila.

then, dah lama sikit, aku start kenal si gila yang stalker. actually, sigila tu is a nice guy,(kembang hidung dia). tapi serious. mulut cam longkang.bab maki orang memang cuukup rasa. tapi dia silap la. dengan kau dia boleh la nak lawan, sebab kau kan baik org nye. malas nak lawan balik.:D. dengan aku. ces. boleh jadik perang mulut. dah lama kenal, aku tau, si gila nie, mulut je macam longkang. hati die seharum bunga kekwa.

couple of month lepas tu, aku dapat berita gembira. kau dan sigila dah pun couple. tapikan, kengkadang aku kesian kat kau. ye la, kau lembut. dia plak kasar nauzubillah. suka-suka dia je nak tampar kau. aku sendiri x penah tampar kau. tapi, aku kesah ape?tu pakwe kau.[^_^].hehehe.

kepada si gila -->aku sayang kawan aku ni sangat-sangat. kalau kau main-mainkan hati dia, aku amek hati kau pastu aku kisar lumat-lumat. then, aku buang kat anjing tepi jalan.paham???ni warning daripada cik nor fazielah khas untuk anak pakcik Ismail.

Khamis, 3 Jun 2010

agak-agak...??

agak-agaklah kan. model-model ni marah x muke dorang dlm blog aku??

arh..apa ku kesah.:D
dorang mesti bangga.hek hek




p/s : aku rindu sama kalian.:(. so pi layan muvie pon sorang2.:(

Rabu, 12 Mei 2010

kabel aku x sebesar peha.

fenomena dunia hari ini. majoriti kalau nak kerja, kena ader kabel sebesar peha. tu pon blom tentu dpt. kalo boleh kabel nak lagik besar lah dari peha baru dapat. sungguh aku x paham. kalau macam tu, apa function nya ada temuduga sana sini??sedangkan orang lain senang senaang jer dapat masuk even temuduga macam GAMPANG?
buat temuduga banyak-banyak kali. kunun nak tapis. heh. sandiwara pihak atasan. memamng bijak.
bile dapat pegang jawatan yg diminta, mula buat onar. suka bercakap mcm tin kosong. ni la akibat masok jalan yg salah. mcm mane company nak OK?
malaysia menawarkan 10 000 kekosongan jawatan.. tp masih lagik ramai yg x dapat kerja.
negeri sekian menawarkan beribu jawatan kosong. tapi??hakikatnya??? anak jati negeri sekian sedikit pon tidak diendah untuk jawatan yg beribu. kelakar..masih boleh kate anak-anak muda x nak bekerja. mungkin ya.segelintir.tp bukan semua.
inilah fenomena mencarik kerja hari ini. macam-macam ragam. so, bertawakkal la wahai rakan-rakan andai anda antara yang tergolong dalam mereka yg tertindas.
kepada yang mengikut jalan pintas, hidup ini umpama roda. ari ni anda diatas dengan pantas nya. maka ari esok anda akan berada di bawah dengan pantasnya jugak.